RESEPI RED RUBY PUDDING

Seri Kandi Tanah Jauhar
14
ASSALAMUALAIKUM...

sila abaikan pak pacak di belakang tu ya ;p
RED RUBY PUDDING ni sebenarnya Seri Kandi kitar semula dari agar-agar aka Johorean sebagai lengkong sirap yang biasa tu yang mana Seri Kandi masukkan taburan buah delima. Disebabkan Seri Kandi rasa macam nak ubah selera sikit maka Seri Kandi buatkan pula agar-agar susu dan agar-agar sirap tu Seri Kandi potong segiempat untuk dimasukkan dalam agar-agar susu tadi. Maka jadilah ia Red Ruby Pudding. Idea ini juga digunakan oleh Sue Joshua di mana Sue menggunakan jelly sumi manis dan Kak Siti Delima pun ada juga membuatnya. Baiklah, bagi sesiapa yang rasa nak buat agar-agar macam ni konsepnya senang sahaja. Sama ada anda menggunakan agar-agar serbuk atau tali, ikut sahaja sukatan air yang tertulis pada bungkusan agar-agar. Bagi agar-agar susu cuma anda perlu gantikan 3/4 bahagian air dengan susu. Untuk sukatan gula, setiap 200ml cecair gunakan 1 sudu besar (penuh) gula.


Red Ruby Pudding
Bahan-bahan Agar-agar Sirap:
1/2 paket agar-agar tali atau serbuk
750 ml air (sila ikut arahan pada bungkusan)
dua helai daun pandan disimpul
3 3/4 sb gula
1 sk perisa sirap
1/2 sk pewarna merah

Cara-cara :
1. Bilas agar-agar dan rendam seketika dengan 750 ml air.
2. Masukkan gula dan kemudian masak hingga agar-agar dan gula larut bersama daun pandan.
3. Masukkan perisa sirap dan pewarna merah. Kacau sebati dan tuangkan dalam loyang. Bila suam simpan dalam peti sejuk.
4. Bila sudah mengeras, potong segiempat kecil.

Bahan-bahan Agar-agar Susu :
1/2 paket agar-agar tali atau serbuk
250 ml air
500 ml susu segar/ susu penuh krim/ susu sejat
3 3/4 sb gula

Cara-cara :
1. Bilas agar-agar dan rendam seketika dengan 250 ml air.
2. Masukkan gula dan susu dan kemudian masakkan sehingga gula dan agar-agar larut sepenuhnya.
3. Kecilkan api.
4. Susunkan secukupnya agar-agar sirap yang dipotong kecil ke dalam loyang. Tuang separuh bahagian agar-agar susu. Biarkan ia mengeras sekejap.
5. Susunkan lagi lebihan agar-agar sirap tadi di atas agar-agar susu.
6. Tuang lagi lebihan agar-agar susu.
7. Buat sehingga memenuhi ruang loyang.


* Semasa menunggu agar-agar susu mengeras, pastikan agar-agar susu yang di dalam periuk sentiasa dikacau dengan api yang kecil sekali.

Nota : Baca arahan sukatan cecair pada bungkusan agar-agar dengan teliti.


Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagai terasa sejuk saja puding itu masuk ke tekak kakcik. :)

    ReplyDelete
  2. ayoooo....sedapnya kak....
    warna dan bentuk yg menggoda !!!

    ReplyDelete
  3. OK kakak dah faham dah cara nak buat cuma entah bilalah nak rajin menyusun gigih macam Seri buat tu.. Cantikkan:)

    ReplyDelete
  4. Bilalahhh saya nak buat macam nie. Boleh jadi star of the desert nie Kak Sari.

    ReplyDelete
  5. sedap nye... aritu sy buat puding peach. sedap n senang je buatl hehe

    ReplyDelete
  6. mORNING KAK YUS..WAH NYAMAN ANAK TEKAK NIH..
    *aish..hurup besor lak..malas dah nak padam..hehe

    ReplyDelete
  7. kak..

    dikau peminat puding..
    daku juga..

    nak bt lah..

    save dulu. kalau buat nanti. kn tunggu tetamu dtg. makan sendiri.. mmg tak daya..
    umai ngan en zalie bukan pemakan

    ReplyDelete
  8. wah dah buat kan..cantek..zila ni dah beli yg nk wat diamond agar2 plak bis rupanya..tangguh lagi la

    ReplyDelete
  9. wah dah buat kan..cantek..zila ni dah beli yg nk wat diamond agar2 plak bis rupanya..tangguh lagi la

    ReplyDelete
  10. salam sari, mmg nmpk cantik kaler puding tu...menarik

    ReplyDelete
  11. Assalam Sari.
    Sedapnya....terliur akak tgk puding tu.

    ReplyDelete
  12. Aduhai sari. Sungguh teringin ku rasa hasil air tanganmu.

    ReplyDelete
  13. wah nampak sedap & menarik kena cuba ni

    ReplyDelete
  14. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    tinggalkan jejak dah follow blog ni..tq

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!