Assalamualaikum...
SETELAH dua hari tidak bersiaran, hari ini Sk muncul dengan review filem. Amboi, bukan main ligat pulak menonton filem sekarang ya... hahaha.
Ada dua sebab yang membawa Sk ke pawagam menonton Langsuir. Pertama, ianya filem arahan Osman Ali. Osman Ali yang Sk kenali tidak pernah gagal dengan sinematografinya di mata Sk dan yang kedua kerana Iman merupakan peminat Syafiq Kyle, jadi jom kita layannnnn…
SINOPSIS :
LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?
Berlaku masalah teknikal sebelum menonton filem ini, Sk tertinggal menonton babak pertama. Ketika Sk masuk ke panggung, Azlan dan Suri sedang berkenalan. Di mana dan bagaimana mereka boleh berkenalan tu SK belum dapat tangkap biji butirnya lagi sebab masa tu ingat-ingat lupa synopsis filem ini yang Sk baca sekali lalu.
Apabila kawan-kawan Azlan muncul, barulah SK dapat tangkap sikit. Sel otak dah berhubung la masa tu, maklum kelam kabut masuk ketika wayang dah bermula. tu nanti cerita kenapa lambat, grrrrrr!
Langsuir mengisahkan tentang enam sahabat sekampung Azlan, Zaman, Eron, Udin, Alias dan Kamal yang tinggal berdekatan dengan pulau misteri dikenali sebagai Pulau Langsuir. Mereka berenam nekad ke pulau tersebut demi mencari kebenaran tentang kewujudan langsuir.
Di pulau tersebut, Azlan telah bertemu wanita cantik yang memperkenalkan diri sebagai Suri. Azlan yang terpukau dengan kecantikan Suri tidak menyedari bahawa Suri merupakan jelmaan seekor langsuir.
Pertemuan Azlan dan Suri membuatkan Zaman iri hati. Zaman mengesyakki wanita tersebut adalah langsuir yang tinggal di pulau itu. Rupa-rupanya Zaman menyimpan niat untuk memaku kepala langsuir dengan harapan dapat memiliki tubuh langsuir apabila ia bertukar kepada manusia. Niat Zaman diketahui oleh Dewi, seekor lagi langsuir lebih senior yang tinggal di pulau itu menyebabkan Dewi marah dan mengganggu mereka.
Kehendak Zaman ini disokong kuat oleh Kamal manakala Udin, Eron dan Alias lebih kepada menurut kerana takut ditinggalkan. Azlan yang mula menyedari bahawa Suri merupakan langsuir telah memberitahu niat Zaman kepada Suri agar Suri boleh menyelamatkan diri.
Pelbagai kejadian aneh dan gangguan dari langsuir menyebabkan Udin, Kamal dan Eron bertekad untuk pulang namun bot yang mereka naiki didapati telah hilang dan mereka terperangkap di pulau itu.
Filem ini merupakan sebuah filem seram yang ringan tetapi masih tidak lari dengan adegan dramatik dan mendebarkan. Penonton pastinya akan bersimpati dengan Suri (langsuir) dan memohon agar Zaman ditimpa kecelakaan kerana berniat jahat terhadap Suri.
Dalam detik debar, penonton pasti merasa sedikit terhibur dengan gelagat Udin, Kamal dan Eron yang agak penakut. Osman juga menggambarkan tingkah laku langsuir yang agak mencuit hati dengan gaya percakapan dan lenggok tubuhnya setiap kali berbual dalam rupa tubuh manusia. Dan kecut jugak hati bila melihatnya dalam bentuk langsuir terutama apabila langsuir meludah muka Kamal, ngeri oi!
Dapatkah Zaman memaku kepala langsuir dan melunaskan kehendak nafsu syaitannya yang lebih syaitan dari langsuir?
Mampukah Azlan meneruskan percintaannya dengan Suri?
Berjayakah mereka pulang ke kampung halaman dan menyelamatkan diri dari Dewi?
Kalau anda sukakan laut dan pulau, filem ini pastinya menghilangkan sedikit kerinduan anda terhadap keindahan kurniaan Tuhan itu. Dan jika anda peminat Syafiq Kyle, anda tentu puas melihat wajah Capik di layar perak, hahaha. Lakonan Capik stereotype seperti drama lakonannya di kaca tv dengan gaya romantis dan budiman cuma kali ini ada adegan pertarungan yang mencabar tenaga Capik.
Sk bagi 3.5 bintang.
cukup baca sinopsis.. heheh.. sy ni penakut..
ReplyDeletekalau jadi, dapat la tengok movie ni lusa..
ReplyDeleteAlamak baru nak tengok, tak best ke haaaa hahahaha
ReplyDeletehahahhahhahahhahhaahhahhaa... dahhh kak seri bagi 3.5 tak yah tgk lerr sis linn woii..hahahhahhaa...
ReplyDelete