REVIEW : FILEM MUNAFIK 2 YANG MENGECEWAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum…

REVIEW Filem Munafik 2 oleh Sk ini mungkin akan mengandungi banyak spoiler,
jadi jika anda belum menonton Munafik 2 dan tidak sukakan spoiler, anda dilarang membaca sehingga habis.. hehehehe.

Sk pergi menonton filem ini pada 31 Ogos lalu. Ya, hari ini dah 11 September maknanya dah 11 hari menonton baru hari ini nak beri review, huhu. Kenapa Sk mengambil masa yang lama?

1. Kecewa
2. Tak mahu kasi spoiler untuk orang yang ingin menontonnya.. gituuu.



Baca Sinopsis Munafik dulu di sini :

Review :

1. Jika anda tidak menonton Munafik (1), anda mungkin akan sedikit blur dengan permulaan babak dalam Munafik 2. Anda akan keliru siapa Maria dan Amir? Tapi anda akan lebih keliru dengan kemunculan budak perempuan berambut keriting di permulaan cerita. Yang ini Sk pun keliru siapa budak perempuan tu, hahahaha.

2. Filem Munafik bermula dengan babak Ustaz Adam yang masih lagi berada di banglo lama, lokasi di mana babak terakhir dalam Munafik (1). Ustaz Adam dibayangkan dalam keadaan keliru. Mayat Maria masih terbaring di situ sedangkan beberapa bayangan lain menyerupai seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan turut muncul dan seperti dalam filem Syamsul sebelum ini ternyata itu hanyalah mainan tidur. 

3. Ustaz Adam menjalankan tugas rutin memberi tazkirah kepada jemaah yang hadir di surau. Bahasanya mendatar, lontaran suaranya garau dan keras serta nasihatnya umpama seorang gangster, hahaha. Ini Ustaz Adam atau abang kawasan???

4. Siapa yang tengok Munafik 1 tentu tahu Pak Rahim (bapa Ustaz Adam) tinggal jauh dari rumah anaknya, tetiba kali ni macam dekat pulak nak ulang alik. (maafkan kalau salah). Pak Rahim bertemu dengan Azhar (Ustaz). Azhar menceritakan tentang keadaan kampungnya yang tidak lagi tenang apabila pengamal ilmu sesat bernama Abuja bermaharajalela di kampungnya. Azhar juga menceritakan keadaan Imam Malik (yang dahulunya imam di kampungnya) dalam keadaan yang uzur akibat perbuatan Abuja). Azhar sendiri tidak berani menentang Abuja dan bersembunyi bersama rakan-rakannya.

5. Sakinah yang merupakan anak Imam Malik membawa Imam Malik tinggal jauh ke dalam hutan. Turut bersama mereka, Aina anak Sakinah. Di pertengahan cerita, penonton diberitahu Aina merupakan anak Abuja tanpa dijelaskan bila mereka bernikah atau ada cerita di sebaliknya.

6. Abuja tergila-gilakan Sakinah dan ingin menjadikan Sakinah sebagai isterinya namun ditolak mentah-mentah oleh Sakinah. Ini menyebabkan Abuja berang dan menculik Aina.

7. Sesuatu berlaku kepada Imam Malik menyebabkan Sakinah ketakutan dan lari meminta bantuan Ustaz Azhar. Ustaz Azhar meminta bantuan Ustaz Adam namun ibu Ustaz Adam tidak merestui kerana risaukan keselamatan beliau. Setelah berjaya memujuk ibunya, Ustaz Adam tiba di rumah Sakinah bersama Ustaz Azman. Babak ini agak tegang dan tidak senang duduk dibuatnya. Maya berjaya membawa watak Sakinah yang dirasuk dengan begitu cemerlang dan tiada siapa yang mampu menafikan kemampuan beliau.

8. Malangnya, Imam Malik tidak dapat diselamatkan. Rupa-rupanya tubuh Imam Malik sudah lama mati tetapi ditumpangi oleh jin kafir milik Abuja kerana dendam Abuja terhadap Imam Malik.
Tapi… kenapa tergamak Ustaz Adam, Ustaz Azhar dan Ustaz Azman meninggalkan Sakinah berseorangan menunggu jenazah?

9. Sakinah nekad membunuh beberapa orang suruhan Abuja demi menyelamatkan Aina. Abuja melepaskan Aina kepada Sakinah. Sakinah melarikan diri ke sebuah gua. Orang-orang Abuja kemudian bersama Abuja sendiri menangkap Sakinah. Dah kenapa, tadi masa Sakinah pergi tempat kau, kau tak tangkap terus dia Abuja, ni kau saja ajak dia main sembunyi ibu ke apa??

10. Abuja memberi keizinan kepada orang suruhannya untuk 'bersama' pada malam hari dengan Sakinah kununnya melalui nikah batin. Selesai berkata begitu, Sakinah direbahkan di lantai. Abuja terus membuka baju diikuti orang-orang suruhannya sambal gelak besar-besar. Aduhai! Tak perlu rasanya sampai nak buka baju, Abuja cakap macam tu pun orang dah faham tak perlu tunjuk dengan perbuatan. 

11. Latarbelakang zaman yang tidak jelas. Rumah gelap padahal rumah orang kaya. Orang kampung yang mundur, berkaki ayam, bawa obor sedangkan Abuja berpakaian macam firaun. Kenapa Sakinah perlu lari ke hutan, kenapa tak lari ke bandar. Rasanya cerita ini akan lebih logik kalau Sakinah lari ke bandar. Cerita bergerak sangat laju dan agak bising, penonton sengaja ditakut-takutkan tidak berhenti. Jalan cerita yang hendak disampaikan juga tidak jelas. Kemunculan makhluk iblis bercakap dengan Bahasa Indonesia menjadikan ia sebuah cerita seram yang bercelaru. Namun usaha Syamsul memasukkan banyak ayat suci dan nasihat terutama tentang kemunculan dajjal, yakjud dan makjud harus dipuji.

Sk bagi tiga bintang.
















Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehe tak follow citer ni sebab tak minat citer horror. tapi 50/50 so far CT baca ada yang suka ada yang so so. takleh komen sebab tak tengok =D

    ReplyDelete
  2. hahaha...saya pun marah masa scene mak dia nak kena bunuh tu...rumah kau, oi nape tak bukak lampu? memang suka bergelap ke??

    ReplyDelete
  3. KITA takut nak tengok cite² macam ni

    ReplyDelete
  4. Kita tak gi tengok lagi...Kawan ajak tengok, api time skrg ni bizi gileee..
    Minggu bz dengan kawan kat rumah, esok Suami balik, minggu depan ke Paka pulak..adeiii ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!