MAKAN DI WARONK AVENUE MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

SEKEJAP jer masa berlalu bila dah masuk pejabat semula.
Tiberrr.. dah khamis, esok Jumaat.. Sabtu...  dan dah Ahad semula. Tentu ramai yang ternanti-nanti pengumuman tentang PKPB yang akan tamat pada 6 Disember depan yang akan ditentukan pada Jumaat ini. Adakah akan ditamatkan atau disambung lantaran kes yang menunjukkan trend peningkatan malah kes covid di Johor juga semakin meningkat. Kerana bimbang, malam tadi nekad nak makan di rumah jer, panaskan lauk kari daging dan semalam petang, Sk ada ke rumah ibu ambil burasak, lepat loi dan asam pedas ikan. Untuk Pak Inche yang tak makan burasak, ada kari daging noxxa tu, kita masak nasi sikit. Tup tup, Pak Inche bawa balik lauk tiga macam, Siput Sedut Masak Lemak, Sambal Kupang dan Hati Ayam Berempah. Penuh semeja dah macam bulan puasa, macam biasalah, kari daging tak habis jugak 😕


Cerita ke Melaka minggu lepas, disebabkan sebelum PKPB lepas kami dah ke Melaka Tanpa Dirancang dan dah pergi minum Coconut Shake Klebang, maka kali ini Klebang tiada dalam agenda. Jadi, lepas check-in dan rehat-rehat sekejap di bilik, Sk mengajak Pak Inche lepak-lepak sambil minum-minum di Waronk Avenue. Tak pernah lagi pergi ke Waronk Avenue ni tapi bila Kak Novelis Maria Kajiwa rekomen untuk datang ke sini jika ke Melaka dan kedudukannya di tepi Sungai Melaka yang menghadap Kampung Morten, hati tertarik pula untuk menempuh sebuah pengalaman di sini.


Bangunan dua tingkat bercirikan tradisional melayu ini pasti menarik pandangan mata. Daun tingkap yang terbuka luas di tingkat atas ini bagai melambai Sk untuk menikmati keindahan persisiran sungai dari tingkat atas. Di bahagian bawah juga ada ruangan makan dan gerai-gerai berasingan dengan menawarkan pelbagai menu seperti masakan asam pedas, lemak cili api, bakar-bakar dan rojak atau pasembur. Kami terus naik tangga ke tingkat atas. Lagu-lagu lama ala country menjadi halwa telinga tapi dipasang terlalu kuat sehingga kedamaian hati nak menikmati keindahan Melaka bagai direnggut. Seorang staf datang membawa buku menu. Entah kenapa rasa macam tak berapa best, mungkin kerana kedudukan kerusi (bangku tinggi) yang terhalang dengan tingkap, meja pula rapat ke dinding. Lalu, Sk bertanya kepada staf jika kami boleh berpindah ke ruangan bawah. Selepas memastikan masih ada meja kosong di bawah kami terus turun dan memilih duduk di tepi sungai, barulah rasa boleh bernafas dengan selesa.


Pemandangan di depan mata, luas mata memandang. Ramai orang Melaka yang menjadikan persisiran sungai ini tempat beriadah. Untungnya orang Melaka. Kami di Johor ada sungai juga, namanya Sungai Segget. Ah, teringat pulak kisah Cintaku Tersepit di Sungai Segget, kahhhhhh.


Banglo tiga tingkat yang unik dengan dinding kaca. Sk rasa mungkin ini bangunan yang dijadikan pejabat. Bukan pejabat sebarang-sebarang ni, dekorasi dalaman dan binaan bangunannya melambangkan karektor pemiliknya yang berjiwa seni. Seorang arkitek mungkin.. mungkinlahhh.


Tiga beranak duduk di tepi sungai
Kununnya duduk nak minum-minum 
Nampak manis hai elok perangai
Kalau bergaduh bunyinya berdentum-dentum


Cuba kiri berapa biji kereta Volkswagen yang terdapat di seberang sungai tu.
Kira betul-betul tau.


Pak Inche minum cendul, Iman minum Ais Milo Kepal.
Cendul tu tawar walaupun dah gaul sebati gula melakanya. Ais Kepal Milo tu manis sehingga ke titisan terakhir dan memang manis milo asli, bukan gula atau susu pekat.


Takkan nak minum aje, kan.. jadi Pak Inche kata dia nak pilih rojak. Terkejut tengok sepinggan hidang besar yang datang, Tiga Puluh Lima Hengget pulak tu! Pak Inche kata dia pilih sikit aje jadi kami cuak jugak kalau dia tersalah hantar meja. Tapi staf yang hantar tu kata, memang kami punya. Saya tak ada ambil sosej, kata Pak Inche. Oh, itu sosej dengan ayam saya belanja, katanya. Hurmmm.. iyolah tu belanja.. bayar ajelah Pak Inche.. 


Nasib baiklah Sk pesan sate sepuluh cucuk aje. Sate ni ada set A (10 cucuk) dan set B (20 cucuk). Setiap set datang dengan nasi impit dan hirisan bawang dan timun. Satenya sedap jugak, besar, garing dibakar tapi juicy.


Sejak belajar di Ipoh, Iman dah jadi peminat Wantan Mee. Kalau nampak ada menu wantan mee jer, dia selalu pilih. Tapi pilihan dia kali ini membawa penyesalan, hahahaha. 
Masinnnnnnnnnnnnn, kata Iman. 


Ni bukan minum-minum lagi, tapi dah makan-makan, hahaha. Pak Inche pesan semangkuk mee kari. Sk pulak dah sebut nak Laksa Johor. Teringinlah pulak makan LJ di Melaka, haha. Lepas tu rasa macam banyak no makanan, Sk cakap dengan adik yang ambil pesanan tu, Laksa Johor tak payahlah, nasibbbbb baik sebab Pak Inche tak habis makan mee rebus ni, dia ajak kongsi, hehehe.
Sedap jugak mee rebusnya tapi rasa kari, hehehehe.


Tengah-tengah makan, boat pelencong lalu.
 Sempatlah Iman ambil gambar untuk IG Stories.
Sk, kalau dah mengadap makanan memang lupa laaa... hahahaha

Waronk Avenue Melaka

No. 118, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Telefon 017 3289480

Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am.




Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang tertarik betul tengok banglo 3 tingkat tu. Tapi kalau lah tu bukan ofis, tapi rumah, malu jugak kan.. rasa macam telanjang sebab orang perhati je kita jalan2 dalam tu haha

    ReplyDelete
  2. Wow.. next time ke sana.. bolehla try.. hehehe

    ReplyDelete
  3. haah macam mee kari pulak rupa mee rebus tu ek...iman, nanti cuba mee kolok pulak..mesti iman suka gak..

    ReplyDelete
  4. cantiknya warung ni, snap gambar utk instagrammer mmg best

    ReplyDelete
  5. Pada aih makan rojak 35 henggit.. Hihihihi...Dia pun dah baca tu org yg hoder tu berduit & tak berkira nak bayau.. Boh banyak2.. Dapat jual 10 pinggan pun pulang modal dah.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Bestnya design tingkap begitu.
    Area Jonker ka ni memang best berjalan melihat pelbagai jenis kedai unik design nya.

    ReplyDelete
  7. Bahagianyalah hidup seorang SK! Hari-hari yang dilalui tidak pernah membosankan. Sesekali teringin nak jadi SK barang seminggu ke... ahaks!

    ReplyDelete

  8. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. Eh kenapa masa SA pi melaka ari tu x nampak kedai ni eh...area mana erk...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!