Assalamualaikum...
PAGI-PAGI semalam, Sk dah ajak Pak Inche dan Iman keluar bersarapan di Ashoka Curry House, Jalan Dapat. Sejak post tentang Curry Lovers tu, doklah teringat-ingat Kentang Masala dia yang sedap tu, hahaha. Jadi, pagi tu memang SK tak sediakan sarapan la, kebetulan telur pun memang tinggal tiga biji dan roti pun tak beli. Sampai Ashoka, Iman makan tosei dua keping, Pak Inche makan roti puree satu set (ada dua keping) dan roti canai sekeping, Sk makan tosei masala satu, nyum nyum... Lepas makan, pergi tambah nombor plat kereta, huruf J tanggal dari landasan, lepas tu kami ke Paradigm Mall sebab nak cari vakum baru, vakum lama dua-dua dah wassalam.. cuma tak berganti sebab tak nak beli vakum asal boleh, lepas tu sedut macam siput, huhu.
Masa di Paradigm, Pak Inche tanya, lepas ni nak pergi mana? Sk jawablah, mana-mana pun boleh, dia pun kata, kita pergi Muar, nak? Eh, alang-alang pergi Muar, baik kita gi Melaka terus... hahahah. Sebenarnya, Sk ada sebab tu jawab macam tu.. kalau tak jangan haraplah SK nak layan tambahan esoknya kerja, kan. Kira ada kepentingan laaa.. kemahennn.. hahaha.. baru sampai Machap, Pak Inche dah mengantuk, terus SK pandu dengan syoknya sebab jalan lengang cuma banyak lori. Sampai sempadan Melaka, kami ditukarkan untuk memandu di lorong sebelah sebab ada tumpahan minyak yang sedang dibersihkan bomba. Alhamdulillah, perjalanan lancar, tak sampai dua jam dah sampai Ayer Keroh... Melaka pun tak jem macam selalu, agaknya sebab sekarang tengah perlaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kan. Haiiii... bilalah covid ni nak ditemui penawarnya...
ðŸ˜
Kalau dah sampai Melaka, haruslah ke Klebang pekena Coconut Shake. Nampak macam ramai kan, haha, tiga beranak ajelah. Sampai sini wajib juga minum air kelapa muda pior, makan nasi lemak bungkus dan onde-onde favourite Pak Inche. Sk ambil cucur bawang tu, mak aihhh, punyalah keras, menyesal ambil.
Lengang betul suasana di Klebang padahal hari Sabtu, kan. Cuma beberapa meja sahaja yang diduduki tak macam selalu, nak dapat kerusi pun susah, nak pesan makanan pun kena beratur panjang.
Nampak tak, tak ada siapa yang beratur untuk ambil minuman. Oh, ya.. sekarang di sini semua layan diri, rasanya kali terakhir Sk datang sebelum ni pun dah layan diri tapi kali ni best la, tak payah beratur panjang, tapi tak happening la.. nak kena berebut-rebut baru meriah, hahaha.
Carpark pun kosonggggggggggg..
Dari sini kami ke Medan Ikan Bakar Alai. Sebab sebelum ni dah pernah makan di Mukmin Ikan Bakar dan sedap, jadi kami ke sini lagi. Tapi, nasib kami tak baik kali ni, sambal nasi lemak hangusssssssssss.
Sotong Bakar yang sedap dicicah dengan air asam dan sambal kicap. Kami ambil juga Sotong Goreng Tepung, tu kalau tak ada menangis tepi bucu meja, haha.
Ikan Jenahak Bakar, juga cicah air asam dan sambal kicap tapi ikannya dah tak elok. Kami pulangkan, dah ikannya berbau, kan. Tapi pihak kedai ni macam tak nak terima aduan kami, dia tanya, kami tak pernah makan ikan jenahak ke, ikan tu elok. Sabar ajelah, dia ingat kami saja nak makan free ke?Walaumacammanapun kami tak perlu banyar harga ikan ni.. kami pun saling bermaafan, kira kosong kosong la.. Pak Inche pun cakap, masa PKP ni mungkin awak pun tak tahu dapat stok ikan lama.
Balik dari Melaka singgah Batu Pahat, mula nak makan Mee Racun lepas tu tukar plan, kita mengesup di Sup Sitam. Sk ambil Sup Campur siap gear box tulang kambing, lembut betul dagingnya lerai dari tulang. Tak makan dengan sambal kicap pun dah sedap sangat Sup Sitam ni tau.
Layan sup dengan roti sambil minum kopi memang rasa dah warga emas sangat dah ni.. hahha. Iman tak nak, maklumlah.. orang muda. Tapi, Sk dari muda-muda dulu pun tiap malam balik kerja suka singgah makan Sup Kambing di medan selera Sungai Segget, ahhhh.. rindunya bila teringat.
Burppp... Alhamdulillah.
Berapa kali Iman pujuk suruh ambil EL hari ni, Sk kuatkan jugak semangat pergi kerja, sayang ooo cuti dan reputasi.
Saya pun dah nak masuk warga emas nih... bolehlah layan sup dengan roti! Sedap sangat tu.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletesedap dapat pekena di Sup Sitam tu. BP yek.. Jap. Save dalam map jap. Haha
ReplyDeleteSedap behtul nampak semua makanan tuuu.. Nanti pergi Melaka.. nak try la menu tu .. Mengesup pun syok wooooooo... nasibbeik kerja.. x EL ek.. ahhahahaa... Sangat berwibawa nih
ReplyDeleteMenjadi aje 3 beranak ni ekk... kalau Suami kita, tak jem pun, jangan harap kalau last minitnya...padahal Bini dia yang drive hahahaha..
ReplyDeleteMacam nak ajak Sunah terjah gak le Melaka, kalau PKPB sambung hahahaha
sup dgn roti tu mmg sedap! hahah ..aduh tgh2 hari ni, lapa ..tgh sotong bakar tu .. .terliur
ReplyDeletetak pernah minat gearbox tapi tengok sup sitam tu rasa nak cuba jugak..huhuhu
ReplyDelete