Assalamualaikum WBT
ACARA meronggeng selepas puasa dan seminggu raya dimulakan dengan menonton filem seram, Evil Dead Rise atas ajakan Nur Iman Fatiha. Filem ni ditayangkan kepada umum pada 21 April lepas dan mula viral apabila ramai yang berkongsi tahap horror-nya. Konsepnya kali ni, Iman kena belanja tiket wayang dan bonda akan belanja makan, kat mana, tu nanti kita cerita, hehehe. Asyik bonda jer nak belanja semua, mana aci, kan.
Kali ni, kami pilih menonton di GSC cawangan Midvalley Southkey. Dalam tempoh tiga hari jer, dua kali datang Midvalley lepas raya ni.
Pilih tayangan pagi, jam 10.50. Hanya GSC Midvalley aje yang masih ada tayangan pagi untuk filem Evil Dead Rise ni itupun dapat hall biasa. Jadilah, janji tiket murah, baru RM13. Tapi, kebetulan memang kami nak makan tu di MV. Pukul 9 dah keluar, sarapan Roti Telur dulu kat Restoran Thoufeeq belakang rumah, jimat sikit, baru RM6, hehehe.
Terima kasih, Iman, belanja tengok filem seram sebab dia tahu, mak dia layan filem seram dan aksi sajo.
Kisah bermula dengan tiga rakan yang sedang bercuti di sebuah tasik. Masa ni dah dapat agak laaa tahap seram cerita tu, terpaling ngeri bila salah seorang rakan tadi tersampuk sampai dia boleh tarik rambut kawannya sehingga tercabut kulit kepala.. haaa.. terus rasa sakit kulit kepala Sk, hahaha.
Kemudian, barulah diimbas semula, sehari sebelum tu, seorang wanita bernama Beth yang mengunjungi kakaknya Ellie. Ellie tinggal di sebuah apartment lama bersama tiga anaknya, Danny, Bridge dan Kass.
Ellie pun suruhlah anak-anaknya tu keluar belikan pizza dan selesai membeli pizza, tiga beradik ni nak naik lif, berlaku pulak gempa bumi sampai terjadi lubang besar. Si Danny ni degil, agaknya kena hasut dengan setan-setan kat bawah tanah tu, kan.. dia pergi masuk dalam lubang tu walaupun dihalang Bridge.
Danny jumpa banyak benda misteri seperti kalung salib, buku lama berukir dan juga piring hitam. Rasa ingin tahu Danny membuat dia tertarik untuk ambil barang-barang tu. Macam mana-mana cerita hantu la, bila kau bawa balik barang lama, mesti ada setan ikut sekali. Klise! Tapi, yang sedihnya.. kalau kau yang kena tak apa, ni mak kau yang tak berdosa jadi mangsa dan sudahnya keluarga kau jadi porak peranda. Masa ni menyesal pun dah tak berguna.
Bagi anda yang takutkan darah, sila la jangan gatal-gatal nak menonton filem ni. Bagi Sk sendiri, tahap seram tu biasa aje dan ceritanya agak mendatar cuma amukan syaitan yang bertubi-tubi. Tak ada kepuasan sebab tak ada plot twist yang wow! Cuma, Sk lagi sedih sebab tengok mak dan adik Danny yang jadi mangsa akibat kedegilan Danny tu. Syaitan dalam EDR ni dikatakan tidak akan terhapus walaupun tubuh yang ditumpangi tu dicincang sampai lumat pun sebab tu la paderi sebelum ni mengunci dia di lubang bawah tanah tu dengan mentera mengikut kepercayaan mereka. Begitulahhhh... kisahnya..
Tapi, macam mana pulak boleh terkait dengan budak bertiga yang bercuti kat tasik tu, kan? Haa.. nanti tengok la.. tapi macam Sk cakap tadi, tak ada plot twist pun.. hihi.
Wah, sempat lagi layan cerita seram di wayang. :D
ReplyDeleteYg 1st dulu tengok la... zaman sekolah menengah
ReplyDeletealaaaa kita da tua2 ni mls tgk citer seram, takut termimpi2 hahaha ...
ReplyDeleteSelamat menonton
ReplyDeleteApa ni, terbaca malam2 .. siap la tak leh tido. Haha
ReplyDeletegenre seram ni bikin jantung copot2...tertunggu-tunggu bilalah hantu nak muncul...
ReplyDelete