Assalamualaikum WBT
IMAN balik bercuti minggu ulangkaji. Bulan Julai ni, Iman dan rakan sepengajian akan menghadapi peperiksaan akhir semester diikuti dengan cuti semester selama tiga bulan. Iman kata, cuti panjang ni dia nak kerja cari duit nak beli kereta 🫣. Lepas tu nak jadi prebet sapu kat U 🤣. Aduh, sabar sajalah anakku.
Dari sebelum puasa mintak orderkan Sup Tulang Merah dengan Aunty Ita Blogger Pencen Blog Masam Manis. Sk tak order sebab situasi masa tu tak mengizinkan. Imannya pun sibuk dengan bazar Ramadhan di U dan memang tak balik, kan. Pak Inche pulak banyak berbuka puasa di luar ditambah ibu Sk baru meninggal dunia. Mood nak makan sedap tu memang tak ada sangat jadi Sk fikir, nanti-nantilah order Sup Tulang Merahnya.
Nahhhh.. tenggek terus kuali atas meja makan, hahaha. Mulanya Sk buat pesanan untuk penghantaran hari Sabtu ke rumah tapi Kak Ita kata, kos grab mahal, Kak Ita cadang hantar ke pejabat Sk macam sebelum ni. Jadi, Sk tukar tarikh semalam tapi lupa nak tukar waktunya ke petang. Sampai rumah, sup dah tak panas sangat, tu yang panaskan dulu dalam kuali. Ambil set large terus baru puas makan, hahahaha.
Bila semak semua old post pasal STM ni, ini kali kelima Sk beli STM Kak Ita. Kalau kali pertama dulu ada rasa macam asam pedas sikit, kali ni hampir dah tak ada rasa asam pedas tu tapi Kak Ita masih mengekalkan resipinya memasukkan cili kisar ketika menumis STM menjadikan STM Kak Ita mempunyai rasa yang tersendiri.
Harga Sup Tulang Merah Kak Azlita Aziz. Untuk tempahan boleh dm Kak Ita di ig
Dinner kami semalam tapi dinner awal. Iman tak sabarrrrr katanya. Senyap jer masing-masing makan, sedaplah tu. Memang sedap sangat ditambah lama tak makan. Yang Last order tu tahun 2022, huhu. Roti Perancis sebatang tu tak cukup ya tiga beranak, hahaha. Dapat dua batang roti tapi malas pulak nak potong lagi sebatang. Sesekali dengar bunyi Pak Inche ketuk tulang pelan-pelan kat mangkuk. Bila Sk jeling, dia terus ketuk atas roti 😁. Takut lettewww, Sk dah cakap, kalau pecah mangkuk Sk ganti sepoloh! 🤣
Sk kongsikan link Sup Tulang Merah Kak Ita yang Sk beli sebelum-sebelum ini di bawah:
Sk juga pernah dua kali masak sendiri STM ni ya, yang pertama tahun 2010, boleh baca
DI SINI.
Kali kedua Sk masak STM boleh BACA
DI SINI.
sedapnya.....menggoda
ReplyDeletePuashati makan gini Kak, gerenti sedap.. pernah sekali beli gan Kak Ita..
ReplyDeleteImann, nak beli kereta nanti roger-roger Kak Yana proton yaa hahahahaha.. kompom lulus hahahahaha
Ya Allah, menggoda betul sup tulang merahnya! Makan dgn roti perancis pulak tu, mak aihhh 🤤
ReplyDeletesedap sungguh sup tulang merah ni... menyelerakan..
ReplyDeletebagus iman.. nti kerje elok2 beli kereta yer.. bagi kat emak kereta tu :D :D :D
dah lama tak makan sup tulang merah ni. seronok lah jumpa seller yang masak kena dengan tekak kita.
ReplyDelete