DUA KALI MAKAN NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


RANCANGANNYA ke Pulau Pinang kali ini, Pak Inche nak makan Nasi Kandar Beratur. Lama tak makan situ, sebabnya jenuh nak tunggu dia buka pukul 10 malam. Jadi, Sk dah susun intinerari kami hari tu, petang nak jjcm di Batu Feringgi dan malam makan nasi kandar tapi rancangan berubah bila PI mula mengadu lapar, nak makan Nasi Kandar Kampung Melayu, petang.




Bukan hari minggu, pelanggan tak ramai tapi beratur jugaklah sekejap.




Pilih-pilih lauk.




Lauk sama jugaklah, ayam goreng, sotong, telur masin, sayur kubis dan cili hijau. PI tambah leher ayam. Ayam sejuk dan agak keras, terlebih masak.




Sabtu pagi, sekali lagi datang sini. Mantan bos PI ajak sarapan. Terkejut dia bila kita bagitahu hari sampai tu pergi makan kat sini jugak, hahaha.




Kali ni ayam okey. Sedap betul makan nasi kandar pagi, nak nak pulak orang belanja.



Mantan bos PI yang tengah, tenkiu ya bos. Yang kiri sekali rakan setugas PI cawangan Pulau Pinang, nama lupa.. panggil kak aje padahal datin tu, humble betul!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bila yang dibelanja tu mujur sedap ye kak... hhehehhe

    ReplyDelete
  2. Bila orang belanja apapun sedap hehe. Tapi nasi kandar kat Penang memang sedap la. Bila la nak mai Penang lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Lama x makan nasi kandar kuah banjir mcm ni 🤤

    ReplyDelete
  4. kat kelantan ni nasi kandar kurang digemari. tp sekali-sekala buleh je try makan..

    ReplyDelete
  5. Fuh! Bau kari tu komfom lekat kat tangan!

    ReplyDelete
  6. W'salam..
    Bila ke Penang nasi kandar is a must.. Penangan nasi kandar banjir dengan kari pekat cuci tangan pun masih berbau.. :-)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi kandar. Lama nya tak makan original Penang punya.

    ReplyDelete
  8. Nasib yang orang belanja tu sedap...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!