MAKAN KARI IKAN SIAKAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


LAMBAT Sk makan tengahari hari ni. Biasanya  pukul 12 macam tu dah makan tapi sebab pagi tadi tetiba rasa nak sarapan dan tertapau pulak mee goreng di kantin, tu la yang dah pukul 12 pun tak lapar-lapar lagi. Ingatkan kalau lapar, nak pergi cari goreng pisang ke.. jemput-jemput ke.. kat BBU tapi terpergi kantin lagi sekali 🤣.




Dah pukul 1, lauk masih banyak tapi kuahnya dah tinggal koret-koret. Ada Asam Pedas Ayam dan ternampak pulak Kari Ikan Siakap. Terpandang pulak Sayur Kancang Buncis terus terbuka selera. Ikan siakap tinggal bahagian kepala yang banyak,  ada satu bahagian badan yang dah patah dan seketul bahagian ekor. Tengok saiz ekor ikan tu macam celah gigi aje, rasa nak ambil kepala ke.. sekali ternampak ada satu lagi bahagian ekor yang agak besar tertimbus bawah potongan terung dan tomato.


Sk biasa beli makanan tengahari jam 11.30 pagi. Waktu tu lauk bergulai semua baru angkat dari periuk. Kalau ada terung ke, tomato ke, cili hijau ke dalam gulai memang suka la mencedok, tapi kena ingat orang belakang. Rupanya, tak laku pun terung tomato tu semua. Buktinya, nahhhh.. banyak giler dalam tray lauk tadi, puas la makan terung hari ni, hahaha. Nasi tu berasingan sebab tadi nasi habis, sambil tunggu nasi, Sk ceduk lauk dulu. Macam ni baru RM7 ya.




Pernah tak tengok budak kecik yang nama Ammar yang selalu mak dia buat konten Ammar tengah makan tu? Ammar suka bawang. Ammar makan sayur, comel betul! Seronok tengok Ammar makan. Dak Ammar ni kalau makan, dia makan buah dulu, lepas tu makan sayur sampai habis, makan bawang, akhir sekali baru dia makan nasi. Sambil makan nasi nanti minta bawang lagi dengan mak dia. Haaaa.. macam tulah Sk, makan sayur dulu, kalau ada ulam, makan ulam dulu sampai habis, lepas tu baru makan nasi dengan protein, hihi. Tapi taklah makan sayur sampai habis macam Ammar, biasa dah tinggal separuh tu baru la makan sekali dengan nasi dan protein sama ada ikan atau ayam. Yang penting, Sk samalah macam Ammar suka bawang, bawang sedapppp, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cara makan yg benar memang begitu. Buah harus lebih dulu. Lalu tunggu 15 menit, baru lah makan sayur, trakhir nasi dan protein. Krn paling lama dicerna.

    Bawang saya suka kalo tidak mentah. Kalo mentah , byeee 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Ada lagi erk bekas polisterin macam ni

    ReplyDelete
  3. Dah lama x buat kari ikan siakap..sedapnyaa..kalau lauk kari kena ada sambal belacan kan

    ReplyDelete
  4. Banyak TER tu bonda. hihi..Bila dah terbuka selera nak makan tu, baru syok nak makan itu ini. Pernah tengok rasanya TT Ammar tu, suara pun comel je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!