MAKAN DI RESTORAN SINGGAH MAJU TOMYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



BEBERAPA kali pergi Makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Senai (RNAHS), satu hari tu terkejut tiba-tiba wujud satu Restoran Tomyam yang sungguh meriah. Pada mulanya ingatkan restoran tu baru dibuka tapi menurut adik pekerja RNAHS, restoran tu bercuti panjang, tu la yang sebelumnya tak perasan agaknya sebab malam kan gelap.


Jomlah kita makan kat sini pulak ubah selera.





Hidangan istimewa berasaskan belut seperti Sup Belut, Pad Ped Belut dan Pad Kra Pao Belut. Pak Inche terus terliuk lentok badannya dengar perkataan belut, dia tataw ke belut tu sedap, hahaha.




Menu yang disyorkan antaranya Nasi Budu, Nasi Kerabu dan Nasi Khao Mok. Pulut Ayam dan Daging Harimau Menangis pun ada!




Salah cetaklah pulak nama restoran pada gelas pakai buang restoran ni. Sekarang ni kebanyakan restoran suka guna cawan pakai buang untuk menghidangkan minuman, Sk percaya kosnya ditanggung pelanggan.




Pesan sepinggan Kerabu Mangga. Setiap kali pesan Kerabu Mangga kami akan mengingatkan agar jangan letak ikan bilis. Masam manis pedas kerabu mangganya, sedap!




Teringin pulak nak mengaum, kita pesanlah satu set Daging Harimau Menangis. Ia datang dengan sos hijau dan merah, sos merah tak kelihatan dalam gambar. Juga bersamanya, ulam-ulam. Nak sedap, bungkus hirisan daging dalam salad, gulung dan celupkan dalam sos. Sos merah dia sedap tapi sayangnya daging tu direbus dulu sebelum dipanggang sekejap. Walaupun lembut tapi sudah hilang manisnya, sangat mengecewakan.





Meja saiz empat orang tapi pesan makanan macam ada 8 orang makan. Dah kelam-kabut nak susun makanan tak muat atas meja, nak ambil gambar elok-elok pun tak dan. Dalam gambar, Tomyam Seafood, Sotong Goreng Tepung dan Siakap Tiga Rasa. Baby Kailan tak ada, pesan Sayur Brokoli ni haaa.  Tak kelihatan telur dadar dan sambal belacan. Sedap masakan tiga rasa, tomyam rasa pes dan sotong macam jemput-jemput. Tomyam tak luak pun, kami minta bungkus, agaknya dah kenyang meratah Daging Harimau Menangis dan Kerabu Mangga.


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak menarik kedia nya.. besar luas.. kemas dan bersih..

    ReplyDelete
  2. sedapnya....sotong celup tepung ke cekodok sotong...hihi..rupa paras tak kisah kalau sedap...belum pernah mkn belut masakan Thai...kalau unagi sushi tu selalu jg makan

    ReplyDelete
  3. PI pun tak makan belut ye...saya pun tak pernah makan,tak teringin pula nak cuba walau ada yang cakap sedap

    ReplyDelete
  4. laju je dia mencuba kedai baru ye kak... meriah lain macam kedainya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!