MASAK ASAM PEDAS AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SABTU lepas, Sk takde tanya-tanya dah nak masak ke atau nak makan di luar ke. Nak nak pagi tu sarapan jer dah kena sampai 70 hengget kan, haha. Tu takpa, kalau ditanya nak masak atau nak makan apa, mesti Pak Inche jawab "kenyang lagi". Yang banyak dalam freezer pulak, ayam, jadinya kita rendam dululah ayam, kemudian baru fikir apa nak masak. Tapi, dalam kepala ni memang rasa nak masak Asam Pedas Ayam jer, hehe.



Tengok pes cili giling ada tapi sebab bawang yang beli kat NSK dua minggu lepas banyak, Sk buat stok cili giling baru. Nak masak asam pedas ni habiskan stok yang ada, banyak lagi rupanya, boleh buat lebih sikit kuah asam pedasnya, dapatlah makan nasi sampai banjir kuah asam pedas, hehe.




Selalu, Sk siap masak asam pedas, rilek-rilek dulu dah nak makan baru goreng ayam tapi macam malas nak masuk dapur dua kali, kita buat kerja sekali arung. Sambil masak asam pedas sambil goreng ayam. Goreng ayam ni dua trip, trip kedua goreng pedal, hati dan jantung ayam yang Sk kumpul-kumpul, puaslah makan pedal dan hati tak payah berebut dengan Pak Inche, hahaha.




Makan tengahari pukul 5 petang. Ayam asam pedas 6 ketul kecik jer pun tak habis sebab dua beranak ni makan ayam goreng. Baki asam pedas habiskan malam tadi, PI tambah telur goreng mata. Hah.., malam tu ada bola, tak keluar makan la. Lepas maghrib PI keluar dengan Iman beli ayam goreng 1 bucket, tak ambil gambarlah, malas, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. huhu.. nampak sedap tu... pekat dan merah kuahnya. Saya tak berapa terror masak asam pedas. Tiap kali masak pun rasa dan rupa dia berbeza beza,..

    ReplyDelete
  2. geram tengok asam pedas dia la..SA pernah buat sekali masa suami ada..suami suka la..tapi yang kat rumah ni x berapa suka sebab diorang kalau asam pedas mesti ikan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka makan asam pedas kuah letak banyak di pinggan nasi. Dah macam makan sup pulak 😄

    ReplyDelete
  4. sedap.. ldy x pernah buat asam pedas ayam.. biasa asam pedas ikan...

    ReplyDelete
  5. Kalo asam pedas , saya ingat buatan mama. Biasanya pakai daging atau ikan. Kalo pakai ikan, saya tak suka. Tapi pakai daging langsung lahap 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!