MAKAN DI TEH TARIK PLACE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEMASA kali pertama Menginap di Royale Chulan The Curve, hati dah tertarik untuk mengeteh di Teh Tarik Place yang terletak bersebelahan pintu utama lobi hotel. Tapi, bila tanya pendapat Cikwa sama ada hendak makan di situ atau di Restoran Congkak, Cikwa pilih Restoran Congkak. Jadi, masa menginap kali kedua di RCTC ni, Sk ajak Pak Inche makan di Teh Tarik Place.



Sempena bulan kemerdekaan, Teh Tarik Place menawarkan lima menu laksa iaitu Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Baba Nyonya dan Laksa Goreng.  





Sistem pesanannya mudah, tulis sendiri nombor kod makanan pada kertas pesanan yang diletak di atas meja kemudian panggil staf dan serahkan kertas pesanan. Sebab dah beberapa kali asyik salah tulis nombor kod (masa makan kat tempat lain yang guna sistem kod), Sk semak dan suruh PI semak jugak agar tidak salah nombor kod lagi, hahaha.





Macam tak aci pulak kalau tak minum Teh Tarik. Tak apalah, sekali sekala mengeteh gitu. Besar jugak cawannya, RM4.20 secawan.




Laksa Baba Nyonya (RM17.90)  menjadi pilihan Tuan Tanah Kedaung. Rasa kuah dia lebih mirip kepada rasa kari, mencampurkan mihun dan mee kuning. Sedap dan tidak mengecewakan. Paling suka ada tauhu pok banyak dalam tu.




PI tak sabar nampaknya nak beraksi dengan Penang Hokkien Mee Soup, RM14.80. Kalau tengok cara PI makan, nampak macam sedap sangat tu sampai licin mangkuknya, hahaha.




Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tk pernah try laksa baba nyonya....outlet terdekat ngan opis dh tutup...dlu geng suka order air teh ais kt sini

    ReplyDelete
  2. Teh tarik place memang all time fav SA..dulu ada kat depan office, kat bangunan CVSKL sblom bangunan ni jadi hospital jantung...tiap petang lepak situ sblom balik rumah...suka roti canai cicah sardin dia...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap pekat kuahnya kak....

    ReplyDelete
  4. Aisssh kaaaak 😍😍😍. Semua macam laksa dia jual yaaa. Favorit saya lah ini. Nanti nak coba kalo ke sana 👌🤤😄😄😄.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!