SARAPAN DI KOPI TENGGEK KULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 




LAMA tak ziarah pusara ibu. Ada saja halangannya. Kadang hujan, bila cuaca baik pulak uzur. Tapi, sepanjang bulan lepas tak ada di JB pada hujung minggu. Syukur minggu ini ada kelapangan dan kesempatan. Pagi dah keluar rumah dengan Iman, Iman tengah cuti semester ni adalah kawan ke tanah perkuburan. Tapi, kawasan rumah baru ibu ni ramai orang terutama pagi Jumaat ni. Taklah takut sangat walaupun datang sorang. Tapi, kalau pusara arwah abah agak seram sikit kerana kawasan perkuburan lama dan tertutup. Ada pulak pokok-pokok besar, kalau datang ramai-ramai dan ada orang lelaki beranilah, huhu. 




Lepas ziarah pusara ibu, kami ke Restoran Kopi Tenggek Kulai untuk bersarapan. Yang atas ni gambar ambil dari fb salah seorang pengunjung KTK, mintak halal ya, hihi.






Selain sarapan, nasi campur pun ada. Tu takpa, menu raya pun ada ya dari ketupat, ketupat palas, burasak dan loi dengan lauk raya juga seperti rendang, lodeh, sambal goreng dan asam pedas untuk dimakan dengan burasak. Pendek kata, kalau nak rasa suasana hari -hari hari raya, bolehlah datang bersarapan di sini. Nak kasi lagi meriah, sate pun ada!




Ini bukan Kopi Tenggek cawangan Tanjung Piai ya. Ini memang Kopi Tenggek Kulai. Kopinya pun bukan kopi yang sama dan tak ada kena mengena. Paling rare, ada sekeping biskut patsegi diletak di tepi piring kopi. Orang Parit Raja katanya kat sana pun ada cawangan.




Memang tujuannya ni datang nak sarapan makanan hari raya. Makanan boleh ambil sendiri (layan diri) dan ada staf ambil pesanan minuman dan roti bakar. Dah ambil makanan, nanti ada staf datang kira harga makanan di meja dan buat bayaran di kaunter selepas makan.




Semua makanan raya ada kecuali lemang. 




Rendang Daging, Sambal Goreng dan Asam Pedas Ikan Parang. Tak sangka pulak si Iman ambil dua ketul ikan, sabar ajelah padahal dia bukan makan pun ikan tu. Jadi, bungkus seketul bawa balik. Tu takpa, dia nak makan burasak tiga tapi sebelum tu dia bantai nasi lemak sebungkus, mana nak masuk lagi burasak, tapaulah dua keping masuk bungkus dengan ketupat palas yang Sk pun tak larat nak makan, haha. Tamak betul!




Raya tahun ni tak jumpa burasak, loi dan nasumeti (asam pedas ikan parang). Asam pedasnya sedap.. sedap betul.. sedap giler dan memang sedaplah! Cuma ikannya agak kering, mungkin ikannya tak segar atau lama duduk dalam ais kot. 





Ketupat 2
Ketupat palas 1
Burasak 4
Loi 1
Sambal Goreng semangkuk
Rendang Daging semangkuk
Asam Pedas Ikan Parang 2 keping
Kopi Tenggek 1
Green Tea Ais 1
Nasi Lemak Daun Pisang 1

Jumlah RM52. 

Terus tak jadi nak jalan-jalan, dahlah gaji lambat lagi, hahahaha!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah ada juga masa untuk kita ziarah. Kalau pergi sorang mungkin akan rasa seram sikit. Ada kawan, jadi berani lah sikit kita.
    Waahh..ini boleh bikin teringin ni. Bestnya dapat makan menu raya. Kalau nak makan, raya lambat lagi masalahnya ni. Untung juga ada kedai jual menu raya macam ni kan. Kot teringin, pergi terusss

    ReplyDelete
  2. Wah, mcm2 lauk raya ye kat situ. Kalau tetiba mood rasa nak beraya, boleh la singgah makan kat situ.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, dapat ziarah pusara arwah ibu.
    Menarik hidangan di situ ye. Pernah sekali sarapan di Johor masa Fuad konvo. Pesan kopi dapat biskut empat segi sekali. Jadi boleh celup biskut dalam kopi.

    ReplyDelete
  4. tk pernh makan burasak....kopi tenggek namanya ye..kt klate ada nama milo tonggeng

    ReplyDelete
  5. Memang terdetik…eh, Kopi Tenggek Tg Piai ada cawangan lain. Rupa-rupanya..tak. Hehe

    ReplyDelete
  6. Adoi semuanya menggoda jiwa raga haha...
    Sama juga, rumah baru bonda PH pun kawasan kuburan baru, cerah & lapang serta ada penjaga juga. Pelawat pun boleh kata sentiasa ada. Kubur ayahanda di kampung, dulu semak juga tapi skrg sentiasa dijaga kawasan tu. Cuma kesempatan jarang ada utk ziarah ayahanda 🥹

    ReplyDelete
  7. Serius macam lauk raya...SA x penah makan burasak lagi...nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  8. Hahahahaha lapar mata ya kaaak 🤣🤣. Saya pun akan begitu kalo liat menu2 nya macam nak raya. Ini kalo ada di sini, dekat hari raya saya langsung pesan biar tak payah masak 🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!