MEE LIDI GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SETELAH sekian lama cuaca panas berdenting, akhirnya hujan turun  membasahi bumi semalam. Rasanya banyak tempat juga yang ditimpa hujan di Semenanjung ni, kan. Lega, rasa sejuk sikit mandi, sebelum ni macam pasang heater ya walaupun tak ada heater pun shower di rumah Sk tu, hehehe.




Pak Inche kata, dia dah makan nasi semalam tapi dia bagi hint tu macam tak nak makan di luar, maknanya Sk kena masak la selain masak nasi. Sk teringat Mee Lidi yang biras Sk bagi masa kami beraya di rumahnya di Kuantan, bila Sk cadangkan Mee Lidi Goreng, PI setuju aje, jadi kita onz! Tahulah sebab ada siaran langsung bola JDT vs PDRM malam tadi, tu yang dia tak mahu keluar tu. 


Tapi, tu laaa.. stok cili giling Sk dah habis gunakan untuk masak Asam Pedas Tetel, kan.. Sk teringat ada lebih sambal masa masak Nasi Lemak hari tu, lebur ajelah. Dah guna sambal tumis, adalah rasa manis-manis sikit tapi Sk masukkan juga sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kebetulan sotong dan udang pun ada maka kita campaklah mereka sekali.


Mee Lidi tu, Sk rebus dalam 7 minit juga sehingga lembut kemudian rendam dan bilas dalam air paip sejuk sebelum masukkan dalam bahan tumisan. Bagus jugaklah ada stok mee kering macam ni selain mihun, senang nak masak bila-bila dan boleh disimpan lama sikit berbanding mee kuning atau kuey teow. Tapi cuma tu la, sayur apa semua tak ada yang ada daun bawang frozen, tu pun tinggal secoet, hehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka mi kurus camni buat goreng... kalau style mamak lagi power kak hahaha slurppp

    ReplyDelete
  2. Pernah buat dan memang sedap...kalau letak daging pun sedap kan SK

    ReplyDelete
  3. Mi lidi ni sedap, tapi yang tak sukanya ambil masa nak masak dia. Lama pula nak tunggu dia masak lembut. Best ujan, sejuk sikit. Sini panas berdenting. Ada heater pun macam tak function je sebab tak guna musim panas ni kan.

    ReplyDelete
  4. Mie lidi ini kalo orang batak, dibuat kuliner yg namanya mie Gomak. Pakai andaliman bumbunya. Jadi memang kebas dibuat lidah kalo terlalu banyak 😅. Macam dibius mati rasa hahahah

    ReplyDelete
  5. tengok mee lidi ni teringat ada mee lidi labu kat rumah yang belum di masak lagi h uhuhu

    ReplyDelete
  6. oh mee lidi yg jenis kering..kena rebus tu...mensrik nampaknya

    ReplyDelete
  7. Sedap plak kita tengok mee lidi tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!