MAKAN LAKSA JOHOR DI RUMA TENGAH BY ATEH'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



HARI ini Sk ambil cuti. Ada plan baik punya, hehehehe. Nanti la Sk cerita eh, kita cerita pasal Laksa Johor sedap ni dulu yang Sk makan di Ruma Tengah by Ateh's Kitchen.




Tengok dari nama pun dah boleh agak, restoran ini dibuka di rumah. Tapi bukanlah kawasan perumahan sehingga mengganggu jiran-jiran. Kawasannya agak privacy jugaklah dengan tempat letak kereta yang luas berdekatan dengan pasar Kampung Melayu Majidee.




Sesuai dengan tagline The House Of Laksa Johor, menu utama di sini tentulah Laksa Johor. 




Selain Laksa Johor, ada juga Nasi Lemak dan Bubur Berlauk. 




Pilihan minuman agak banyak juga.




Nasi Lemak Telur Rebus untuk Tuan  Penaja JJCM kali ini. Sekali suap terus terpaku, sedap dari nasi hingga ke sambal dan menepati citarasa kami.




Jarang-jarang menikmati Laksa Johor waktu makan malam. Pesan juga secangkir teh o panas, nyamannnn.





Sungguh berseni persembahan Laksa Johor sehingga terasa begitu istimewa. Spaghetti di'cap' cara orang lama, kuah laksa sedap berasa ikan dan rempahnya, memang rekomen untuk penggemar Laksa Johor.




Pesanan makanan dan minuman pun mudah, cuma tandakan bilangan hidangan yang kita mahu.




Inilah suasana di Ruma Tengah yang dibuka mulai jam 6 petang sehingga 11 malam. Tapi, makin malam makin ramai pulak yang datang ketika kami hendak beransur. Memang kena datang lagi!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nasi lemak simple macam tu yang SA cari...

    ReplyDelete
  2. makan pakai sudu ye SK, kak ana ada terbaca orang Johor makan laksa johor guna tangan kan hehe :) kat kedai kan mestilah pakai sudu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau kat rumah pakai tangan jer saya, kat kedai sopan sikit laaa. Tapi sy biasa belit² dgn garfu mcm makan spaghetti la, hehehe.

      Delete
  3. Tengok signboard dia pun dah berkenan dah. Menu book, food plating pun menarik je. Betul-betul berseni. Kedai pun lawa. Jauhlah pulak nak singgah pun. Best tu dapat makan nasi lemak sedap. Laksa Johor makan di waktu malam takde hal lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. makan LJ bila² pun sesuai aje. Memang kemas jer kedainya di tengah halaman

      Delete
  4. Lamanya tak makan laksa Johor SK... Tapau mai sebungkus :p

    ReplyDelete
  5. Langsung menelan liur 🤤🤤🤤🤤. Nanti kalo ke JB saya pasti visit utk coba laksanya. 😍😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!