MASAK SAMBAL UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM petang, bila Sk whatsapp Pak Inche tanya, dia dah makan nasi ke belum, jawabnya belum.  Sk tanya lagi, nak makan nasi ke (malam), dia jawab 'nak'. Sk tak bertanya lebih lanjut seperti selalu, nak masak lauk apa? Biasanya jawapannya antara dua jer sama ada..


1. Nak makan kat luar ke?

2. Dia tanya kita balik, "Nak masak apa?"


Sk terus buat keputusan sendiri, sampai rumah suruh Iman masak nasi dan Sk rendam udang. Cili giling ada stok, sambal udang la jawabnya. Sekali, Pak Inche balik, dia ajak makan kat Restoran Yeo Sekeluarga. Sk beritahu dah rendam udang nak masak sambal dan dah masak nasi pun. PI kata, selalu kan tanya dulu.. hahaha.. malas nak tanya-tanya (pendek kata, malas nak keluar makan sebenarnya) 😄.




Udang ni beli di Kampung Pungai masa Menginap di Amerald Resort Hotel. Lepas sarapan tu, PI ajak pergi cari ikan, tapi yang banyak, ikan pelik-pelik yang PI tak makan. Jadi, kami beli udang jer la.. tak pasti namanya udang apa, tapi udang dari laut Pungai la. Adik yang jual ni cakap, tangkap kat laut depan ni jer, hehehe. Sekilo RM50, Sk pilih-pilih-pilih cukupkan sekilo. Balik rumah, bilas dan asingkan dalam tiga plastik, semua sekali ada 31 ekor. Ni masak seplastik aje. 


Sk selalu masak sambal atau asam pedas tak letak belacan tapi yang ni Sk letak belacan dalam ukuran setengah sudu besar. Kemudian, masukkan garam dan gula serta pes asam jawa, kacau sampai pecah minyak barulah masukkan udang. Hasilnya, sambal tumis kali ni sedap luar biasa. Patutnya memang sambal kena letak belacan, kan baru sedap, cuma Sk punya style tak letak belacan. Lepas ni kena taruklah, Iman pun cakap sedap sambal bonda hari ni.




PI mintak telur mata kicap. Sk goreng asing-asing tiga biji. Iman punya letak piring asing sebab dia makan telur goreng yang masak sepenuhnya, mak pak dia suka kuning cair, hehehe.




Wassalam semua lauk tapi sambal ada dua sudu lagi kot, sayang nak buang. Lain kali boleh panaskan, kasi pecah telur sebiji dalam dia, buat bekal pergi kerja, hehehe.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dua hari lepas kak ana masak udang sambal, sama macam SK kak ana kalau masak sambal udang kupas habis kulit senang nak ngap makan hehe :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal pecah telur, guna pulak bekas sambal udang yang sedap tu. Bak sini je lah sambal lebih tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. SA x tgok gambar sambal udang sebab puasa seafood sementara waktu..hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!