Assalamualaikum WBT
JUMAAT lepas, Pak Inche ada bawa klien ke program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas. Seperti sebelum ini, kami menginap di Royale Chulan The Curve. PI kata, menginap di sini senang nak ke Sri Pentas tu. Okeylah, kita ikut aje la, mana-mana pun. Sk pun suka kat sini, nak shopping pun sebelah The Curve jer, nak makan pun banyak pilihan.
Iman tengah cuti semester dia ikut sekali. Kami sampai tu dah malam, lepas check in, Iman terus keluar jumpa geng u dia, Ili yang datang jemput di lobi. Kemudian, mereka keluar makan dengan geng lain di Tapak (Urban Street Dining). Sk dan PI makan dekat sebelah hotel jer sebab malas nak keluar, hehehe. tu nanti Sk cerita.
Kami ni kalau berjalan ke mana-mana memang siapkan luggage masing-masing. Jadi, PI tanya, baju kemeja nak gosok siap-siap dari rumah atau lipat masuk beg? Sk suruh lipat masuk beg sebab rasanya macam ada seterika, ingat-ingat lupa. PI kata memang ada, kan Sk ada gosok baju melayu dia masa
Menginap di Royale Chulan The Curve sebelum ini. Jadi, kita snap la gambar iron board ni siap-siap supaya ingat lain kali, hihi.
Sk ajak Cikwa datang sarapan sama-sama. PI pagi-pagi dah pergi Sri Pentas. Murah jer Buffet Breakfast kat sini, baru RM24.90 per pax. Tak pastilah, semua cawangan hotel RC sama ke harganya.
Pinggan pertama, mestilah American Breakfast. Beef Slice tu kebanyakan hotel Sk pergi, memang masin, ek. Sk ingat, kat
Ideas Hotel KL jer tak masin slice beef tu. Tapi, memang pun, slice beef tu kena makan dengan croissant, letak salad, tomato, cheese barulah kurang masinnya. Kadang kalau rajin jer buat, hihi.
Lama giler Iman tak jumpa Cikwa. Duduk kat kolej sibuk aje memanjang. Banyak kali Cikwa balik tak jumpa, rasanya kali akhir jumpa masa
Kenduri Tahlil.
Masa Hari Jadi Cikwa pun Iman tak dapat join sebab masa tu tengah peperiksaan akhir semester.
Lepas makan American Breakfast, Sk makan Kuey Teow Sup. Yang ni DIY la, selalu tak ambil sebab dah kenyang makan yang lain, jadi, lepas pinggan pertama tu terus ambil Kuey Teow Sup ni. Selain kuey teow boleh pilih mihun atau mee kuning pun ado.
Menariks pulak baca menu-menu minuman di sini, hehehe.
Mula nak wakilkan PI makan nasi lemak ke, nasi goreng ke, mee goreng ke, telur separuh masak ke.. tapi tak larat dah perutnya. Takpelah, kita wakilkan makan Roti Canai, eh, ada kuah sardin pulak. Sedap betul makan roti canai dengan kuah kari, dalca dan sardin. Roti canai tu tebar tapi agak liat bila nak dicarikkan, mungkin sebab dia tak tepuk sebab bila kunyah, elok aje tak liat dan taklah lembut gebu juga. Dalam mangkuk kecik tu, jemput-jemput. Dalam piring tu scrambled egg Cikwa tapi kenapa tah rasa dia pelik, tak habis Cikwa makannya.
Burppp.. Alhamdulillah.
Seronok makan macam2 nie.. Murah jugak harga buffet
ReplyDeletemurahnya buffet sarapan dia... maklumlah kita yang askar ramai ni.. manjang kena add on .. hahaha
ReplyDeleteSedap tengok makanan2 semua
ReplyDeletekelakar lak nama2 minuman..janda pulang tu yg x tahan..hihi...seronok shopping dok hotel ni..dekat bebenor...
ReplyDeletetak ke Ikea ke SK hehe :)
ReplyDeletesyok tu dpt tido hotel....kita pernah stay royal chulan damansara..dkt juga dgn the curve...kdg2 org confuse....kemain nama air tu ye
ReplyDeleteSuka duduk hotel, nak- nak enjoy breakfast dia..paling suka hotel yang connecting ngan Mall...best giler
ReplyDeleteLumayan murah harga buffet dia yaa 👍👍. Apalagi dengan banyak pilihan menu pula 😍
ReplyDeleteamboi nama air pun...janda pulang. apa ghoman agaknya tu. RM24.90 tu banyak tak seleksi lauk sarapan?
ReplyDelete