Assalamualaikum WBT
INGATKAN malam ni nak masak ala Restoran Tomyam. Menunya, Tomyam Seafood, Daging Masak Merah dan Ayam Buttermilk tapi Pak Inche beritahu dia dah makan nasi. Tak mahu makan nasi malam, diet katanya, hahahaha. Sk malas nak keluar cari makan, tahulah PI tu, asyik-asyik nak makan tempat yang sama jer, ni nasib baiklah Restoran Al-Anisah tu pukul 8 malam dah tutup, kalau tidak memang ke sana sajalah tujunya.
Sk cadangkan masak Cantonese Kueyteow, terus PI setuju. Lama dah Sk tak masak CKT ni. Kalau semak post lama, yang akhir masak CKT tu tahun 2021, maknanya dah tiga tahun tak masak CKT, balik-balik makan kat kedai. Jadi, balik kerja tadi terus singgah Pasaraya Hosey, beli kueyteow sebungkus, sawi sebungkus, cili padi sikit dan telur sepapan. Teringat pulak beras dah nak habis, ambil sebungkus pek 5 kilo. Nampak pulak Sumi Jelly Manis, teringat sekarang viral cara buka sumi, beli sebungkus, boleh lawan makan sumi dengan Iman, hahaha.
Sekali sekala nak ubah selera kan.. Asyik nasi je
ReplyDeleteOkeh! Nanti uncle tunjuk kat aunty resepi ni
ReplyDeleteNanti up entry uncle kalau auntie dah masak hahaha
DeleteTeringat pulak cantonese hor fan masa praktikal kat Cherating dulu sedap betul hari2 kami geng praktikal makan. Nanti boleh la try buat guna resipi ni.
ReplyDeleteCantonese kuey teow ni fav Dania...nanti nak buat jugak la...
ReplyDeletefav ni...kalau mkn kt kedai suka yg extra daging
ReplyDeletesedapnya...cantonese seafood..
ReplyDeletekita pun dah lama dapur tak berasap ni..tekak ni dah teringin masakan rumah..nak buat juga la resepi akak..Kak terima kasih ye selalu bagi resepi,saya dah banyak ikut resepi akak dalam blog ni
ReplyDelete