Assalamualaikum WBT
DAH masuk hari terakhir bekerja di minggu ketiga bulan Ogos 2024. Bulan ni agak sibuk sikit dengan pelbagai urusan perubahan data pelajar, ada yang baru pertama kali masuk, ada yang balik dari latihan industri dan ada yang naik tahap serta ada juga yang menamatkan pengajian. Dah macam main puzzle pun iya jugak ni, hahaha. Tapi, sibuk macam mana pun, makan tetap makan!
Agaknya masuk dalam group taman, beberapa kali Pak Inche khabarkan ada orang jual nasi lemak malam depan Klinik Yap di Taman Pulai Mutiara. Beberapa kali jugaklah dia macam bagi hint nak cuba nasi lemak tu tapi belum berkesempatan lagi hinggalah hari yang kami makan di Kopi Tenggek Tanjung Piai tu, kan. Malam tu, kononnya nak pergi makan kat Restoran Mamak Thoufeeq jer tapi bila dah keluar simpang tu, Pak Inche kata, jom kita tengok nasi lemak tu buka tak? Padahal siang tu dah makan nasi, eh, malam dia ajak makan nasi lemak pulak.
Sampai-sampai jer tengok beberapa meja sedang diduduki pelanggan yang sedang makan. Suruh Iman duduk dulu di sebuah meja kosong manakala Sk dan PI beratur, ada la dalam 3, 4 orang depan kami. Belumlah malam sangat lagi tapi dua tiga biji periuk dah kosong. Lauk dah habis semuanya, ayam goreng pun tak berbaki yang tinggal hanyalah sambal kupang dan telur goreng. Kami cuma ambil lauk telur goreng aje la dengan sambal kosong. Semua sekali kena RM18, minuman percuma tak pastilah free flow ke tak sebab kami cuma ambil sekali sahaja, malu nak ambil banyak kali, hahaha.
Nasi lemak guna beras berkualiti, nasi sedap, sambal sedap, tapi, nasinya ada rasa satu bahan. Bila Sk rasa dan ingat-ingat balik, dulu-dulu arwah abah suka makan nasi panas-panas gaul dengan minyak sapi dan sedikit garam. Haaaaaaa... macam tu la rasa nasi lemak tu. Tu takpa eh, yang tukang pergi kedai beli minyak sapi tu, Sk la selalunya. Kalau beli minyak sapi tu, abah suruh mintak masukkan dalam tupperware (yang Sk bawa dari rumah), tak bagi bungkus masuk dalam plastik sebab nanti sayang akan ada saki-baki minyak sapi melekat pada plastik, aaa.. faham tak apa Sk sampaikan ni, hahaha. Adoi, kenangan lama mengusik jiwa ni.
Makan tu tetap makan walau sibuk. Kang perut berbunyi tak senang kerja pulak. Kann...Nasi lemak bukan macam dulu lagi di makan waktu pagi je. Sekarang pagi petang nasi lemak pun boleh. hihi...
ReplyDeleteKenangan tu kadang manis bila diingat semula. Haa sangat geram ye kalau macam tu. Kita ni kalau masak memang kena rancang awal nak siapkan semua bagai. Bab cili kisar ilek tu agak penat sikitlah nak sediakan. Jadi lama sikit nak menyediakannya. Nasi lemak tak cukup bahan tak pe, janji sambal dan nasi sedap.
bab tanya nak makan apa tu sama kak..kadang rasa nak merajuk asyik kita je yg tanya dulu..huhu
ReplyDeletePI kan hantu nasi lomak.
ReplyDeleteammi pulak bulan 7 dan 8 ni agak chill gitu di office.
bos masuk pukul 10 pukul 11.30 dia ngendeng2 tanya "is there anything else i need to do shila?" pastu dia pun balik.
ammi pun pkl 3 dah kluar office...pkl 5 dah sampai seremban.
Terliur tengok nasi lemak
ReplyDeleteAroma minyak sapi memang terus membuka selera. Terima kasih idea dari arwah abah SK tu. Nanti boleh cuba.
ReplyDeleteSA pun makan nasi lemak semalam...entry dalam draft lagi..tapi x lengkap sebab xde kacang..apa ntah adik SA ni...nasi lemak kena la ada kacang tanah goreng kan...
ReplyDeleteNasi lemak, kalo sambal pedas, saya pasti sukaaa 😍😍😍😄. Nanti nak coba ini juga kalo ke JB. Anak saya fans berat nasi lemak 😄😁
ReplyDelete