MASAK AYAM SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


PAK Inche balik dari KL hari tu, mulanya dia ajak makan nasi kat luar tapi entah macam mana boleh tanya, ke nak masak nasi makan kat rumah aje.. ishhhh mulut ni!


Boleh juga, masak Ayam Sambal ke.. cadang PI. Iman terus mengeluh, dia baru berangan tak yah basuh pinggan dan kemas dapur, hahahaha. Lagi, dia nak ajak bapaknya pergi watsons beli skincare. Sk cakap, esok pagi ajelah kita pergi. A ah, babah pun penat driving, sokong bapaknya.




Sk terus keluarkan ayam dari freezer, tuang air dalam bekas. Akhir-akhir ni banyak baca petua di medsos, cara cepat untuk defrost adalah dengan merendam dalam air bersama garam dan cuka, katanya, setengah jam aje boleh cair, tapi tak menjadi pulak. Lebih sejam jugak merendam tu, baru ayamnya mula lembut. Sk terus perap dengan garam kunyit dan terus goreng, tak dan nak tunggu garam kunyit meresap ke ayam, hehe.


Tu takpa, hampir-hampir nak siap menggoreng tu, Sk letak kuali di tungku satu lagi, nyalakan api, letak sedikit minyak, kemudian masukkan serai dan halia yang diketuk. Kemudian ambil baki sambal tumis yang makan dengan nasi lemak hari tu. Ngam-ngam sambal tu merenih dengan ayam goreng dah garing, terus angkat ayam masukkan dalam sambal, senang kerja beta! Peliknya, masing-masing makan bertambah malam tu, hahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masakan yang ringkas begini sedapnya lain macam. Istimewanya sebab guna sambal lebih makan nasi lemak. Dah mesra meresap segala rasa, tu yang bikin menambah2 nasi.

    ReplyDelete
  2. kadang yang ringkas tu lah yang bertambah makan, itu lah yang selera. Atau memang pak inchek akak dh lapar itu yang laju je abis

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak sambal ayam tu..lama x masak macam tu..eh nak buat la malam kang..esok bleh bawak bekal

    ReplyDelete
  4. Saya pakai plate khusus defrost kak. Kalo biasanya daging atau ayam butuh 3 jam utk benar2 lembut, pakai plate khusus defrost hanya 1 jam saja. Membantu sih. Tp hati2 Krn ada yg kualitasnya fake.

    Lihat sambalnya langsung teringin masak ayam balado 😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!