SARAPAN DI KELAB KOPI LAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 




SAJALAH nak sarapan di Kelab Kopi Lama, sabtu lepas. Iman kata, balik bercuti ni bilik air dia tak ada sabun mandi dan skin care dia pun banyak dah habis. Sk tak mahu keluar petang-petang, jadi kena keluar pagi. Sarapan dulu dan kemudian terus la pergi beli barang-barang yang dia nak tu. 




Lama tak datang KKL, menu dia dah baru. Kali pertama datang dulu, konsepnya layan diri yang agak menyukarkan, kali kedua datang, boleh terus buat pesanan dari meja dan mereka masih mengekalkan konsep tersebut yang sangat memudahkan pelanggan. Tapi hakikatnya, pelanggan pulak kena bayar caj perkhidmatan. Begitulah, bila kita nak senang, pastilah ada ongkosnya. Yang pasti harga makanan dan minuman di KKL ni hampir semua telah dinaikkan. Ialah, mana ada harga barang yang turun Sk oi, semua naik!





Laju makanan sampai walaupun pelanggan ramai. Memang cepatlah sebab pengurusannya bagus. Contohnya, Soto Pak Inche ni ada dapur atau gerai khas menyediakannya. Kalau roti bakar, ada tempatnya, goreng-goreng ada tempat lain, bukan di bahagian yang sama.




Asalnya nak makan lempeng, jemput-jemput dan Mihun Goreng Kampung tapi tak ada pulak Mihun Goreng pagi tu. Dia ada buat tapi selepas jam 2 petang macam masakan panas seperti Mee Goreng, Mihun Goreng dan Kueyteow Goreng. Nampak ada Laksa Johor, pesanlah semangkuk. Tengok rupanya mantap betul tapi kurang mantul, rasa ikan dalam kuah laksa tu sipi-sipi jer. Sangat mengecewakan!




Kalau ke sini, mesti nak makan lempeng sambal tumis. Lempengnya lembut, garing dan sedap. Begitu juga dengan jemput-jemput. Sambal tumis cicahnya pun sedap juga. Jadi, lain kali datang makan jemput-jemput dengan lempeng sajalah, hahaha.




Pesan jugak roti bakar dan telur separuh masak untuk Pak Inche. Tak ada dalam gambar sebab sampai akhir sekali, malas dah nak keluarkan handphone snap pic. Roti bakarnya kali ini dipotong memanjang, sebelum ni tiga segi. Roti bakar dibakar guna arang, menjadikan garing dan gebus.




Iman makan Lontong. Sk tanya sedap tak? Iman angguk, tapi kurang sambal, kata Iman. Lambai seorang staf minta sambal, semangkuk kecik dibaginya. Sk bayangkan dia akan bagi sambal saiz pencicah lempeng tu jer. Oh, kami duduk ni di kaki lima kedai dekat-dekat dengan sinki. Ada seorang budak lelaki, dua tiga kali datang cuci tangan dan renjis kena Pak Inche. Yang kali akhir tu dia keluar bawa pulak adik perempuan dia cuci tangan, kali ni betul-betul si abang renjis arah ke PI, apa lagi, naik anginlah PI. Terus dia hoiii 😝. Budak tu terberhenti depan pintu (dia duduk dalam). PI cakap, lain kali renjis tangan ke bawah bukan hala ke orang! Hahaha.. Sk risau budak tu melalak aje, muka dia dah cuak terus masuk dalam tak keluar-keluar lagi dah sampai kami balik, hahaha. Sedaplah mak bapaknya makan kat dalam, lepas tu biar anak main air, sekejap-sekejap cuci tangan, sekejap-sekejap cuci tangan, lepas tu renjis pulak kat orang!



Kena sampai 70 hengget! Tobat nak sarapan kat luar lagi, hahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA pernah sekali sarapan kat sini...suka gak jemput2 tu..dan SA pesan roti bakar dan telur separuh masak jugak masa tu...alahai..kesian budak tu kena marah ngan PI...mesti serik nak cuci tangan renjis ikut suka tu...

    ReplyDelete
  2. mahalnya air dia... makanan mahal takpe.. air mahal ? err... seram jugak. lagilah kita ni kalau nak keluar makan bawak satu batalion askar kenit tu. ordernya bukan main, pastu kang tak habis.

    ReplyDelete
  3. Hahahahah biar paham anak tuh , tak baik cuci tangan lalu kibas2 ke arah orang 😄😄. Wajar lah pak inche marah. Saya pun akan marah kalo begitu.

    Lempengnya nampak sedap. Sayang laksa Johor tak begitu enak ya kak. Saya blm pernah makan laksa Johor. Tapi kalo dr ikan juga, berarti mirip laksa Penang yaa?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!