MAKAN MEE CELUP DI RESTORAN AINONI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU lepas tiga hari Pak Inche keluar daerah menghadiri latihan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Tinggallah berdua dengan Iman bersama anabul 7 ekor. Tinggal berdua tu memang tak masaklah, makan kat kedai aje senang. Malam pertama, Iman kata nak makan Mee Celup,  mana lagi jika bukan di Restoran Ainoni.




Dah banyak tempat makan Mee Celup, di tekak kami Mee Celup Ainoni la terpaling menepati citarasa.  Kelakarnya malam tu, pelanggan di depan, di kiri dan sebelah sana meja Sk pun makan Mee Celup.




Iman ambil Kuey Teow, Sk nak cuba Maggi Celup. Beberapa komen dari rakan blogger dalam post mee Celup sebelum ni ramai yang suka maggi Celup, malah Iman kata, kalau keluar makan mee celup dengan kawan-kawan mereka pun makan maggi celup juga. Nak cubalah maggi pulak.





Sedap jugaklah maggi tapi ternyata Sk lebih menggemari kueyteow sebab kueyteow ni kan dia macam meresap rasa sup tu. Kalau maggi kita rasa maggi dan sup tu terasing. Mungkin maggi tu kena celur sampai lembik kot baru resap.




Punyalah sedap sampai licin mangkuk, setitik sup pun tak tinggal 😄.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau dah licin mcm tu sedap sgt tu hahaha.. setitik kuah pun tak tinggal :D

    ReplyDelete
  2. Sedap sungguh tu sampai licin hah 😁
    Eh banyaknya anak bulus SK, 7 ekor ye ?

    ReplyDelete
  3. Saya peminat sup. Kalau dah licin tak tinggal setitik pun kuah maknanya memang cukup rasa dan menepati selera 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Sedap betul tu sampai licin kuahnya. Hihi

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...kita pun suka makan mee celup...terliur plak ha tengok entry ni...

    ReplyDelete
  6. Kapanlah saya ke Johor nih yaaa 🤣🤣. Dah banyak list yg nak coba sejak baca tulisan kakak 🤭😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!