TAK LARAT MAKAN DI RESTORAN LAPAN KATI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HAMPIR ke waktu tengahari semalam, Sk dikejutkan dengan berita pemergian suami Kak Rosmah ke rahmatullah. Orangnya sihat-sihat sahaja, baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 50 pada 1 Mei lepas. Sehari sebelumnya, arwah masih lagi bekerja tapi balik kerja tu arwah mengadu sakit dada hingga belakang badan. Dalam jam 2 pagi, arwah sakit mengerang kuat sehingga Kak Rosmah terpaksa meminta pertolongan jiran. Arwah dilaporkan meninggal dunia dalam ambulan semasa dalam perjalanan ke hospital.


Kak Rosmah merupakan sahabat baik Angah sejak di Tingkatan 3. Sk masih ingat lagi, ikut Angah ke rumah Kak Rosmah di Kampung Pengkalan Rinting. Dalam perjalanan tu, Kak Rosmah singgah ke kedai runcit beli air gas perisa oren. Masa tu belum wujud lagi kot minuman gas dalam tin, semua dalam botol. Nanti, pekedai akan buka tutup botol (kita panggil ceper) dan tuang airnya dalam plastik dan letak straw. Sk tak ingat berapa harga sebotol tapi ada beza harga jika kita beli dengan botol sekali atau tuang dalam plastik. Bayangkan, dah berjalan jauh tengah panas pulak tu, kecur betul tengok air oren Kak Rosmah tapi dia langsung tak pelawa kami minum, Kak Rosmah pun tak minum juga. Sampai rumah, Kak Rosmah ambil jag dan tuang air oren tu ke dalam jag, kemudian tambahkan air masak sehingga jadi banyak. Lepas tu baru dituang ke dalam beberapa cawan, minum sama-sama. Kenangan betul!


Semoga Kak Rosmah sekeluarga bertabah dengan kehilangan ini. 


إنا لله وإنا إليه راجعون


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها ،

وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار   


Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.


Amiiinnn Ya Robbal Alamiinnn.




Malam tadi, Pak Inche ajak makan di Restoran Lapan Kati.  Lama giler kami tak makan kat sini. Pak Inche nak makan Mee Hailam tapi PI pesan sayur Chap Chai jugak.




Tu takpa, pesan jugak Szechuan  Sweet & Sour Soup, lupa nama sebenar. Ni saiz seorang makan pun dah saiz mangkuk hidang nasi yang besar tu. Yang nak makannya PI jer pun. Bungkuslah yang tak habis tu.




Sk pesan Cantonese Kuey Teow untuk seorang makan. Padahal tahu porsi seorang makan kat sini banyak, tapi manalah tahu, semenjak barang naik harga ni porsinya dah mengecil, kan. Staf yang ambil pesanan pun tak cakap apa, contohnya mencadangkan agar kami berkongsi ke.. kan. Sekali datang, hamek kauuu.. huhuhu. Terus minta pinggan kosong, ceduk secukupnya nak makan, yang lain bungkus.
Iman pulak makan nasi dengan Chicken Lemon, nasi okeylah, memang porsi seorang makan.




Mee Hailam PI, kata kakak tu macam tak biasa pulak, hahaha. Macam Sk cakap tadi, la, bukan tak biasa tapi sebab lama dah tak datang sini, manalah tahu dah berubah porsinya.  Mee Hailam pun ceduk masuk pinggan, lebih bungkus.




Pagi ni, Sk bawa pergi kerja, pinjam sekali multicooker Iman. Kalau panaskan kat rumah nanti nak makan kat pejabat dah sejuk dan sejuk tak sedap ya Cantonese Kuey Teow ni. Kalau mihun goreng ke, tak apa.




Lepas Majlis Membudayakan Al-Quran dan ada mesyuarat sikit pagi ni, baru panaskan kuey teow, hahaha.




Cili padi potong pun bawa. Makan dengan cili padi potong baru ngam!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dapnyaaa...cili api tu yg buat lagi sedap kan

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat puan Rosmah sekeluarga.. lama tak dengar perkataan kati sejak gun kilogram ni kan hehe :)

    ReplyDelete
  3. Salam takziah....
    '
    Eh? Masih pakai kati? Tak tukar sistem metrik lagi? hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedih baca yg meninggal ini. 😔. Semoga kluarga kuat menerima cobaan.

    Makanannya sedap2 kak. Naah pakai cabe rawit potong begitu, saya paliiing suka..memang best pedasnya 😄😄👍

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Fuhh..porsi besar memang tak larat nak habiskan. Tapi okay juga tu yang tak habis boleh tapau je. Ada cili potong tu buat tambah selera makan. Wajib ada rasa pedas tu kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!