MAKAN DI LOMAK SALAI TAMPIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS check out di Royale Chulan The Curve, kami tiga beranak terus pulang ke Johor. Walaupun ada bawa baju lebih, tapi tak mahu singgah-singgah dah laaaa. Penat tiap minggu travel. Walaupun tilam di rumah tak seempuk di hotel, tapi itulah yang paling dirindu. Kesian jugak dengan anak-anak bulus yang tiap minggu kena tinggal lagi-lagi SI KECIK yang masih menyusu lagi tu, hahahaha. 



Pak Inche suruh Sk cari tempat makan, tak kisahlah di Negeri Sembilan atau Melaka. Kami singgah di Zamira Dapur Kayu tapi tutup. Dua kali dah percubaan nak makan di ZDK ni gagal tau. PI rileks jer rupanya dia ada plan B, iaitu Lomak Salai Tampin ni. Eh, tak sangka pulak PI mengidam nak makan kat sini. Sk bukan apa, risau tak ada lauk kari, nanti muncung sedepa pulak. Tapi, sebab PI yang nak, Sk lagi suka, memang dah lama teringin nak makan kat sini cuma tak mahu ajak PI sebab kadang ada jugak baca komen yang negatif tentang Lomak Salai ni.


Bangunan restoran Lomak Salai ni merupakan bangunan RNR yang telah ditutup. Memang langkah bijaklah apabila pemilik restoran ini membuat keputusan membuka restoran di bangunan RNR yang telah ditutup ni dan membahagikan jenis-jenis lauk mengikut seksyen sebab bangunan tu dah semulajadi terbahagi kepada gerai-gerai macam di RNR. Lagi bernas apabila mereka membuat konsep layan diri ala-ala Restoran Ikea di mana pelanggan mengambil makanan menggunakan troli tiga tingkat. Seronoklah pelanggan memilih lauk yang pelbagai, memang rambang mata dibuatnya lagilah jika perut sedang menjerit-jerit minta diisi.




Jom kita ronda-ronda. Semangat betul PI tolak troli dan pilih ikan bakar. Tak cukup katanya ambil satu, aaa.. ambiklah dua ya.


Tak cukup tanganlah, mana nak rakam video, mana nak ambil gambar, mana nak ambil lauk, haha. Sk terberhenti depan gerai yang menjual pelbagai jenis 'haiwan salai' yang dimasak lomak cili api. Maaf ya, jika Sk salah guna istilah haiwan salai tu. Antara haiwannya ialah itik, ayam dan daging. Selain tu ada juga telur itik masak lomak cili api. Rasa macam nak ambil semua!



Masa tunggu staf cedukkan daging salai, Sk dengar dia panggil-panggil staf lain supaya hantarkan lauk masak lomak daging salai tu kat 'artis tadi'. Tak terfikir pulak ada artis, Sk ingat dia saja-saja jer sebut artis, hahaha.



Pelbagai jenis masakan goreng berlado. Ishhh.. gerammmm!



Patin Tempoyakkk.. tapi tak ambil sebab fikir Sk sorang jer makan ni dan tengok semua kepala.



Lepas tu harganya pun boleh tahan jugak, tak berbaloi nak makan sorang. Lainlah kalau makan dua tiga orang, kan. Tapi, murah jugak sebenarnya seekor RM38 tu.



Nasi semua dah siap senduk dan disusun di kaunter, tinggal capai letak dalam troli. Rare kan guna pinggan bunga kangkung ni.



Minuman pun terus boleh beli. Air bodoh eh orang panggil ni. Kami masa kecik-kecik rasa tak panggil air bodoh. Berani ke nak sebut bodoh, nak kena cili???!



Minuman ceduk pun ada, tak silap ada 6 jenis menu air ceduk ni. Kita tunjuk nak minuman mana, nanti dia cedukkan masuk dalam plastik kemudian plastik tu dia letak dalam kole ayan besar, puas minum, hahaha. Baik-baik eh staf yang kat gerai-gerai ni, takde yang buat muka ketat. Dari sambut tamu, hantar ke meja, ambilkan troli dan troli kita dah guna, juruwang, semua sopan dan baik jer. Sejuk betul hati masa datang sini.



Sibuk pilih lauk, kann.. memang tak toleh kiri-kanan dan tak baca whatsapp Iman hantar beritahu ada artis duduk dekat dengan meja kita. Rupa-rupanya artis yang dimaksudkan staf yang ceduk daging salai tu, Ashraf Muslim laaaa. Dia duduk lat sebelah meja aje dengan meja kami. Iman kan yang duduk kat meja, Iman kata, gelabah giler masa tu, meja depan tu tak ada orang dan dia duduk bertentang mata dengan Ashraf Muslim lalu buat-buatlah tengok handphone, hahahaha. PI pulak tak kenal AM, sabar ajelah, penat dia tanya siapa.. siapa.. sebab kami bisik-bisik, kan.. takkanlah nak sebut nama kuat-kuat, karang AM dengar, hahaha. Patutlah AM ni dah kahwin dua pun masih laku ek, memang herlok sangat orangnya, hahaha.




Lepas susun-susun lauk terus suruh Iman ambil gambar. Masa ni tak perasan lagi AM kat sebelah. Iman belum cakap lagi. 



Asam Pedas Tetel dia sedap, semangkuk tu baru RM15, besar eh porsinya. Ayam goreng kampung okey jerlah, tak empuk sangat. PI ambil Ikan Bakar Pari (RM16) dan Talapia (RM15), memang stail dia bakar sambal, tapi sambalnya agak kering. Ulam siap sambal belacan (RM5). Kailan Goreng (RM6). Semua lauk tu PI yang pilih. Satu-satunya lauk yang Sk pilih, Daging Salai Masak Lomak Cili Api (RM15  saiz S).




Walaupun saiz S tapi puas hati, banyak daging dan memang tak kedekut ya dia cedukkan. Cara dia ceduk lauk tu santai dan tak teragak-agak. Rasanya dalam banyak-banyak tempat Sk pernah makan daging salai, sini la terpaling 👍👍👍👍👍. Daging dia potong tebal tapi tak liat dan juicy. Aaaaaa... memang tak boleh move on laaa lauk daging salai dia. Tapi, kan.. memang tak ada jual eh lauk kari-kari kat sini? Rasanya memang tak ada. 





Selain lauk-pauk, ada juga pelbagai pencuci mulut, kuih-muih melayu, goreng-gorengan dan cendol dijual di sini. Aaaa.. bolehlah lepas makan nasi, layan penganan dengan teh tarik pulak sembang sampai restoran tutup, hahaha.


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah SK dapat pengalaman manis..SA dan Dania dapat pengalaman pahit..hehehe...takpe lain- lain pengalaman kan..scroll cari gambar AM...xde plak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan laaa nak ambil gambar AM, nak nak pulak kami sama² tengah makan. Agaknya kami datang ni weekdays & bukan waktu puncak, datang jer terus dapat tempat duduk tak perlu beratur. Nak pilih lauk pun senang jer, nak bayar pun cepat.

      Delete
  2. penuh meja tu...lapar la plak..tk lunch lg

    ReplyDelete
  3. Tudiaaa.... macam-macam ado. Sodap-sodap semua!
    Kalau nak sambung makan yang gorengt-goreng tu memang kena melekat duduk situ sampai tempat makan tutup hihihiii.

    ReplyDelete
  4. meriahnya menu-menu depa SK, podeh dak tu hehe :)

    ReplyDelete
  5. Saya langsung Gugel Ashraf muslim, penasaran wajahnya 😄. Ternyata hensem juga.

    Makanannya kliatan ENAAAAK semua kak. Ini yg bikin kalap pasti, banyak pilihan pula kan 🤤.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!