MENGOPI DI WARUNG KOPI PENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


MENDUNG jer cuaca tengahari ni walaupun cahaya matahari memancar-mancar masa memasuki lebuhraya Perling pagi tadi. Hujan walaupun tidak lebat tapi agak menyejukkan dan walaupun semua pokok-pokok besar dalam kawasan kolej telah ditebang, awan mendung meneduhkan persekitaran. Mata pun bagai digam-gam nak nak pulak baru lepas makan nasi lauk Asam Pedas Ikan Termenung, hahaha.



Tengah mengantuk ni, teringat pulaklah Sk nak bawa pembaca ke Warung Kopi Peng di Seremban. Orang Seremban dah sampai ke, ke sini? Hehehehe.




Tahun 2024 ni zaman semua orang nak balik ke masa lalu ke? Boleh nampak banyak kafe baharu dibuka dengan tema retro. Sk pun tak kurangnya mudah terpesona bila nampak kafe-kafe yang menampilkan tema begini.




Biasanya kafe-kafe macam ni lebih sesuai menghidangkan menu ringkas seperti sarapan atau minum petang dengan perabot yang ringkas.




Kopi Peng untuk Pak Inche sekole besar, kalau tak habis, angkat jer plastik tu dari kolenya.




Selain Kopi Peng, di sini juga ada kopi moden seperti latte dan cappucino. Penggemar roti bakar boleh pilih sama ada nak makan roti bun atau roti keping. Kedua-duanya sedadan gebu, hasil dibakar dengan haba dari arang.







Nampak simple tapi tidak murah. Itulah yang perlu dibayar jika kita suka sesuatu yang klasik di zaman moden ini.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cie memang suka mengopi kat kopitiam macam ni. Vibes tu best je.

    ReplyDelete
  2. Bestnya vibe2 retro camni sambil menghirup kupiii hihihi

    ReplyDelete
  3. Warung Kopi Peng di Seremban.. ok baik boleh singgah nanti kalau ke N9

    ReplyDelete
  4. warung kopi klasik menarik..ngantuk2 minum kopi pasti segar

    ReplyDelete
  5. Kalau jaman dulu2 memang bancuh kopi dalam kole macam tu

    ReplyDelete
  6. SA pun suka konsep cafe macam ni...klasik dan menenangkan interior mcm ni

    ReplyDelete
  7. Saya pun termasuk yg sukaaa sangat dengan tema vintage seperti ini. Apalagi kalo mereka juga menghidangkan menu simple yg sedap2. Langsung ingat dengan rumah nenek 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!