MENGINAP ADIK-BERADIK 2H1M DI AMERALD RESORT HOTEL PENGERANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


KEMBALI ke pejabat selepas bercuti empat hari sejak Khamis lepas. Semalam, warga Johor diberi cuti peristiwa khas sempena kemaraan Pasukan JDT ke final Piala FA dan syukur, tuah menyebelahi Pasukan JDT, dapatlah balik Johor dengan kepala ke atas, hahaha. Hari khamis tu, Sk ambil cuti semata-mata kerana hendak menonton wayang, filem TAKLUK: Lahad Datu. Biasanya Sk akan menonton pada hari Jumaat tapi hari Jumaat tu dah ada program yang telah dirancang lebih awal.




Syukur, rancangan kami adik-beradik untuk menginap di Amerald Resort Hotel, Pengerang, berjalan lancar. Tujuannya adalah memenuhi jemputan meraikan Hari Jadi Indah Si Manis 17 tahun ini. Tahun yang agak mendebarkan bagi Indah yang akan menghadapi peperiksaan penting yang akan menentukan masa depan dan hala tujunya selepas ini.




Kami tempah 4 buah bilik Standard King dengan pemandangan laut, RM269 nett termasuk sarapan untuk 2 orang (goverment rate). Bilik-bilik di ARH ini mempunyai balkoni. Dapatlah PI tengok laut puas-puas sambil sapkoktang.  Alhamdulillah, cuaca cerah walaupun dalam perjalanan tu hujan turun lebat sehingga tidak nampak jalan. Kami naik kereta Iman yang baharu keluar kilang, hahaha.. tak boleh la nak laju dan Iman mengambil giliran memandu. 




Bilik air luas dan ada ruang terpisah antara sinki, mangkuk tandas dan ruang pancuran. Kelengkapan mandian disediakan seperti shower gel, sabun buku, shampoo, berus gigi dan sikat rambut.



Ruang mandinya selesa dengan tekanan air yang sederhana laju. 




Cuma biliknya macam ada bau hapak sikit. Ada juga bilik-bilik yang dilengkapi dengan sofa bed. Tiada seterika disediakan, jika perlu boleh minta housekeeping hantar ke bilik. Selain saluran tv tempatan, juga terdapat saluran tv dari negara jiran, Singapura. Oh ya, penghawa dinginnya akan mati secara automatik setiap kali kita buka pintu balkoni, satu langkah bijak untuk menjimatkan penggunaan bekalan elektrik. 




Minta 4 bilik di aras yang sama. Bolehlah hi hi dengan abang di sanun. Tiada bilik family atau bilik bersambung (connecting room). Petang tu, kami ramai-ramai turun membuat persiapan Makan-Makan BBQ sempena Hari Jadi Indah di tepi pantai. Tu nanti kita buat tajuk lain, hehe.




Esoknya, Sk tiga beranak la turun sarapan paling lewat. Taklah lewat pun sebenarnya, baru pukul 8.30 pagi, memang timing kami sarapan setiap kali menginap di hotel. Macam selalu, American Breakfast menjadi pilihan. Banyak pilihan seperti aneka salad, jagung, chicken slice, sosej, wedges panggang, kacang panggang, coleslaw dan kentang putar.




Kuey teow goreng sedap. Ambil jugak Samosa Kentang dan Popiah Sayur.




Sedih Pak Inche sebab tak ada nasi lemak. Yang ada Nasi Dagang Gulai Tongkol. Tongkol tu macam pahit sikit atau rempah gulai tu yang pekat sangat sampai pahit, tak pasti la. 




Makan Siew Mai dua ketoi, sedap siew mai, padat betul intinya. Ada juga bread butter pudding, pau kaya, roti-roti, tak larat la nak makan semua. Add on breakfast boleh tahan juga, 50 hengget ya.




Lepas sarapan, mereka sambung berendam.







Angah, Uda, Abang dan Ani. Yessss, Cikwa tu kami panggil Abang, hahahaha.




Selfie selfot!






Ada tetamu yang baru sampai nak berkelah, tawarkan diri untuk tolong ambil gambar kami, hihi. Terima kasih ya kakak manissssss. Tak cukup korum sebab Ilham dah balik awal, kena keroje katanya.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu lalu aja hotel ni, tapi belum stay lagi.. kalau Suami yer dah dua kali stay bawa client ke situ.. agak-agak bosan, nak stay gak laa sana, suka kalau ada balkoni camtu, healing ...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Oh very nice trip
    The food looks great

    ReplyDelete
  4. Bestnya trip adik beradik gini 👍
    Mula tu ingat sapkoktang tu kuak lentang haha... Jenuh gak dok pikiaq awal tu hihi...
    Iman dah beli keta ye? Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Of course la SA x pernah sampai lagi sini..ntah bila la nak sampai...pesanan buat suami..u better bring me here!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!