MAKAN SATE DI RESTORAN BUBUR NASI ISTIMEWA NO 1 LARKIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



SIANG makan di Dolly Dim Sum, malam, Pak Inche ajak makan Bubur Nasi Berlauk, di mana lagi yang kena dengan seleranya kalau bukan di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Dataran Larkin.




Bubur nasi lauknya Kangkung Belacan, Sambal Bilis Goreng, Telur Masin, Sambal Lada Kering Tumbuk, ikan bilis tumbuk, kacang tanah dan lobak masin. Perah limau nipis pada sambal bilis goreng, baru umph!




Kami anak beranak memang suka gaul terus semua lauk dengan bubur dalam nasi, hehehehe.




Kalau tapau bubur, sayur kangkung kena minta extra tapi jika makan di kedai, cukup sepiring ni bagi Sk.




Iman tak nak makan bubur, kenyang katanya, tapi, Sk kata pesan sate, 15 aje, dia mintak sampai 20. Lepas tu dia paksa mak pak dia habiskan sate tu, bertuah punya anak! 


Pada mulanya risau jugak nak order sate kali ni sebab yang last makan tu dapat sate busuk sikit, kan.. tapi, fikri, kalau kena sate busuk, kita terus komplen kat situ. Alhamdulillah,  elok satenya. Sate kat sini lembut empuk dagingnya sebab dia guna bahagian batang pinang. Kuah sate pun sedap, memang tak menyesal terpaksa habiskan sate pun, hehehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ini yg dulu kat tepi longkang tu ke? ammi tak tau nama tempat tapi macam tiap kali ke JB mesti ke situ makan bubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betullah tu, hahaha. Yang tepi longkang tu kat Taman Sentosa, masih ada lagi sampai kini.

      Delete
  2. Replies
    1. Nampak sedap bubur nasi berlauk tu...satay tu pun sama nampak sedap

      Delete
  3. Potongan satenya memang besar yaa 😍. Puas pasti makan. Kalo ke Johor nampaknya saya bakal habiskan banyak waktu utk wisata kuliner saja 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!