MASAK SAMBAL UDANG PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, Pak Inche hantar whatsapp.. bunyinya begini :


"Nanti beli petai, babah dah kopek udang" Sk tengah busy masa tu dan baca sekali lalu, terus fahamlah, PI nak minta masakkan Sambal Udang Petai, Sk jawab, ok. Semalam tu, ada pendaftaran pelajar baharu ke asrama dan pendaftaran pelajar naik tahap. Sk dah ingatkan pada pelajar-pelajar ni agar mendaftar di sebelah pagi, jangan datang petang. Bagus ya bila kita dah ingatkan macam ni, semua datang pagi hampir serentak, mudah kerja kita. Cuma seorang datang petang, dimaafin la sebab dia datang dari KL.


Jadi, dah petang tu saja la buka balik whatsapp PI tadi, aaaa.. sebelumnya Sk faham, PI nak beli petai dan dia dah siap kopek udang. Rupanya salah faham daaa, dia suruh kita yang beli petai lepas balik kerja nanti.



Cili giling dah habis, tak larat nak proses cili kering. Nak buang biji, nak cuci, nak rebus, nak giling kisar lagi. Jadi, selain beli petai, Sk beli sebungkus kecil cili giling. Keliru jugak semalam nak ambil cap apa, satu jenama Maz, satu lagi cap Terengganu ni. Letak yang ni ambil yang itu, lepas tu letak balik yang itu ambil yang ini. Pernah guna kedua-dua brand ni tapi dah lupa yang mana lagi elok. Tak apalah, kita pilih yang Terengganu mentang-mentang ada adik ipar orang Terengganu, kan.



PI dah kopek udang kasi togel terus. Sebenarnya kami berdua ni ada banyak ketaksefahaman tau. Sorang suka masak udang dengan kulit, sorang suka masak udang buang kulit. Sorang suka masak sotong sekor-sekor, sorang suka masak sotong potong-potong. Sorang suka tengok filem Tamil, sorang suka tengok filem Korea. Sorang suka tengok bola, sorang suka tengok drama., hahaha. Tapi, bak kata Iman, ketaksefahaman tu la yang buat saling melengkapi. Chewah, anak aku, kemahennn!


Haaa.. nampak tak udang tu ada yang merah, ada yang biru? Kisahnya PI pergi kumpulkan semua udang dari bekas lain-lain dalam peti ais tu. Dia bongkar semua dan kumpulkan, tu yang udang macam-macam jenis. Makan berdua aje pun nak masak udang sampai sekilo. Tu takpa, dia dah bongkar-bongkar lepas tu tutup peti ais tak rapat. Bayangkan la dah berejam pintu peti tak rapat, habis berair dah bahan-bahan masak yang Sk frozen.. daun bawang, daun sup, serai, halia, haishhhh!



Semenjak dua menjak ni suka pulak bubuh belacan dalam sambal. Sk kisar bawang guna chopper sampai halus (masukkan air sikit supaya halus), kemudian tumis bawang dengan cili giling tadi. Cili tu mula masuk semua lepas tu dah kenapa banyak sangat, pi ceduk balik, hahaha. Kita tak biasa la guna cili giling ready made dari kedai ni. Dah tumis sampai pecah minyak, baru masukkan belacan dan pes asam jawa, tumis lagi kemudian masukkan garam dan gula, kacau sebati, baru masukkan udang, petai dan bawang. Masak sampai bawang layu sambil dibalik-balikkan udang dalam kuali.




Aaaa...Shiap Sambal Udai Petang sekuali.. eh, salah eja. Sambal Udang Petai.. hehehe. Masak nasi dua pot, luak separuh aje. Sambal pun banyak lagi, malam ni kita repeat la, tambah telur mata bubuh kicap! Nasi lebih tu pun kita panaskan aje nanti.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semalam kita ada beli udang harimau dan petai...nampak entry ni terus rasa nak buat sambal udang petai...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!