Assalamualaikum WBT
SABTUDAY, tak masak sarapan, telur tinggal sebijik. Pak Inche tak nak sarapan mamak sebaliknya ajak makan Soto Skudai di Gerai Penjaja Skudai Kiri. Soto Skudai ni pernah masuk dalam rancangan MJ3, antara tempat favourite setiap kali nak makan soto waktu pagi. Rempah supnya berasa, sambal kicap pun sedap tapi soto nasi selalu habis cepat. Pak Inche bayar soto, RM18/ 3 mangkuk, Sk bayar air, RM3.50 untuk secawan kopi O, teh O dan sirap ais, apo murah sangat 😂. Kalau kat Empire Wak Lan mahunya dah kena RM36 untuk 3 mangkuk Soto Special.
Setahu Sk dulu nama gerai ni Soto Perdana, rupanya ada tambahan Madu 4 kat belakangnya. Tak pastilah memang pemiliknya bermadu atau dimadukan, hehehe. Lepas makan soto, kami ke NSK Sunway beli barang dapur, orang sekarang sebut groceries ðŸ¤.
Lepas shopping, eh, teringin pulak nak ke Mee Rebus House. Pesan semangkuk Mee Rebus Biasa dan semangkuk Mee Rebus Daging. Mee Rebus Daging Sk kongsi berdua dengan Iman, banyak porsi mee rebus tu. Di Mee Rebus House ni, pesanan dibuat dengan mengimbas aplikasi QR Code dan staf akan panggil untuk ambil sendiri makanan dan minuman di kaunter. Tak ada siapa nak layan pun ya, mereka ada dua staf sahaja, nampak QR Code atas meja pandai-pandailah scan. Kuah nee rebus sedap, banyak keropok udang dan hirisan cili api. Pak Inche kata, tak kedekut. Haruslah tak kedekut, harga sepinggan mee rebus biasa aje pun dah hampir RM9 tapi bagi Sk berpatutanlah dengan suasana dan kedudukan kedainya di kawasan elit. Kopi tu Hot Lavender Cappucino, dalam gambar lain, dapat rupa lain, ish.. nyampah tau!
Dalam perjalanan balik tu, baru Pak Inche beritahu, Liza, kawan pejabat dia jemput makan-makan di rumahnya sempena hari lahir anak bujangnya, Si Aryan. Pak Inche memang tak berapa rajin bab jemputan hari jadi ni, tapi memandangkan jemputannya di sebelah petang, ada banyak masa lagi, kan. Sk kata, tak sempat beli hadiah kita salam kokot jer, senang!
Inilah Birthday Boy, Muhammad Fatih Aryan atau mesra dipanggil Ayyan. Ayyan ada adik perempuan namanya Aryana. Dua beradik ni memang selalu la jadi mangsa sakatan Pak Inche.
Selamat Hari Lahir ke 11, Aryan
Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berjaya dalam pelajaran dan jadi anak soleh ibu ayah, Amiiinnnn.
Pelbagai kuih-muih dan sajian petang dihidangkan sampai tak tahu nak ambil mana satu.
Liza memang handal memasak dan ada juga mengambil tempahan katering kecil-kecilan jika waktunya bersesuaian. Hari tu Liza masak Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Beriani dan Pencuk. Ada juga Roti Jala dan Spaghetti Aglio Olio.
Kami tiga beranak bedal nasi minyak dululah. Adegan seterusnya faham-faham sahajalah ya.
Di pejabat, Pak Inche la yang paling senior, nak kata bos tu idok ler tapi semua staf lain angkatan usia 30 ke 40 an, Pak Inche jer la yang dah 50-an. Kawan-kawan seusia beliau kebanyakan telah bersara awal selepas ditawarkan Voluntary Separation Scheme (VSS) sejak sebelum PKP lagi.
Hurmm.. dahlah dapat makan sedap, ada goodie pulak tu berupa minyak masak, tepung gandum, bihun dan biskut. Terima kasih, Liza dan Faiz atas jemputannya. Liza yang berdiri hujung sekali sebelah kiri.
Malam tu, masih gantung kuali lagi, kami ke Restoran Thoufeeq. Pak Inche makan Roti Puri, Iman kata, dia kenyang lagi dan tapau Maggi Goreng. Sk pulak teringin nak makan Maggi Berkuah tapi kuah nak pekat, lepas tu letak telur sebijik, kuning dia tak nak masak. Berkerut-kerut kening mamak tu cuba mentafsir pesanan Sk dalam buku catatannya supaya difahami tukang masak.. hahaha. Syukur, magginya menepati citarasa Sk cuma lupa nak pesan jangan letak ayam, huhu.
SA plak malam tadi dalam kepala memang nak maggi kari sup, sekali mulut sebut maggi sup...erm..dapat maggi ayam sup...kureng tapi makan je la..
ReplyDeletesedap jugak nampak sotonya kan..
ReplyDeletebila kite berpuasa, makanan ape yang nampak tidak menyelerakan.. kulit ayam goreng ngn sky jus pun sodap .. :D..
cantiknya kad jemputan dia....
ReplyDeletebab gambo lain, dapat lain..Linda pernah kena sound dengan customer masa keje dekat foodcourt stall dessert.. biasa lah ABC dalam gambar, tinggi mcm gunung everest, bila dapat takde lah tinggi beno..cust pun komplen, dengan nada memerli "tak sama pun mcm dalam gambar" eh, nada tu tak sopan, jadi haruslah Linda membalasnya sambil tersenyum "biasa lah tu, dalam gambar, mcm kepci jugak, gambar tak sama dengan yang dapat, tapi takde pulak org komplen" .. terkesima cust tu, terus bayar, terus blah... kdg2 mulut Linda nie takde insurans jugak... 😂😂
ReplyDeleteRindu pulak nak makan soto. Kalau di Johor senang nak dapat. Kat sini agak susah juga nak dapat yang sedap. Sabtuday makan sup sup je lah ek. Ada jemputan terus dapat makan nasi minyak terus. Seronok dapat rehat gantung kuali sehari.
ReplyDeletekuih yg depan karipap tu macam dangai kukus je...sedapnya.
ReplyDeleteSekarang jemputan harijadi pun mewah macam jemputan kawin.Alhamdulillah,nampak sedap sedap menunya tu .
ReplyDeleteDapat gudis lagi..menarik dan bermanfaat gudisnya