Assalamualaikum WBT
PAGI ni bangun lebih awal, keluar awal dan clock in tentulah awal. Terasa lapang jalanraya, maklumlah hari ahad ramai yang bercuti hujung minggu sebenarnya kalau di Tanah Jauhar ni termasuklah Pak Inche. Kira-kira, ada tujuh kali ahad lagi perlu bekerja, selepas tu hari ahad akan jadi hari libur selepas cuti sabtu ahad diselaraskan mulai tahun hadapan.
Hari tu beli Karipap Pusar Frozen dengan jiran Cik Ani. Memang dah beberapa kali beli dan yang kali ni kena tunggu agak lama juga baru ada stok. Bila dapat aje, tak sabar nak menggoreng. Goreng guna api perlahan dan kena rajin terbalikkan supaya masak sekata dan tak hangus sebelah. Dulu-dulu Sk selalu gagal goreng makanan frozen ni, hahah.
Cantik, kan kejadian karipap pusar ni. Bukan sahaja cantik tapi sodappp!
Inti kentang dan daging seketul. Rasanya kalau dia letak daging cincang gaul dengan kentang tu mesti lagi sedap, kan.
Ini pulak, Keropok Lekor Viral yang Angah bagi beli dari Kuala Terengganu. Angah ke sana minggu lepas bagi menghadiri majlis konvokesyen Izzat Iskandar. Syukur, Izzat telah berjaya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang undang-undang. Tahniahhhh, Izzat!
Keropok ni gemok-gemok tau dan yang bestnya, tak berminyak. Sepatutnya kena goreng seketul-seketul tapi Sk tak tahu, Sk potong. Lagipun bila potong kecik, jimat sikit minyak. Sebenarnya agak trauma goreng keropok besar-besar dalam minyak banyak sebab pernah meletup. Tachoddd! Dahlah muka tak lawa, kena minyak panas pulak, bertambahlah tak lawanya, huhuhu.
Cantik kejadian pusarnya tu.
ReplyDeleteYeaaayyy... nanti hari cuti kita sama ye SK.
ReplyDeleteKaripap pusar memang cantik. Tapi selalu juga jumpa yang terlebih rangup, habis berderai pecah-pecah jatuh kulitnya waktu makan.
Adoii....tergolek.seketoi daging tu sedapnya....smlm plan nak buat karipap Sabah hari ni tapi tinggal plan...ni dok ngerjakan kain baju & dapur je..hihihi
ReplyDeletecantik pusaran karipap tu!
ReplyDeletesetakat yg sy makan keropok sekitar kuala terengganu, yg paling sedap adalah keropok lekor IKAN SSAJE..nama kedai dia IKAN SSAJE
ReplyDeleteSA panggil karipap pusing...kat sana karipap pusar ye...
ReplyDeleteKeropok Lekor nih kalo dibawa yg mentah ke jakarta misalnya, bisa tak kak? Saya teringin sangat nak beli yg mentah, lalu nanti digoreng di jakarta. Sukaaa sangat memang dengan Lekor 😍😍
ReplyDelete