TONTON DON DUKUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


"BONDA tak pergi tengok Don Dukun?" Tanya Ilham pada Sk masa datang Senai nak makan Laksa Johor by Angah. "Hah? Cerita apa tu?" Tanya Sk semula. Lepas tu baru Sk buat carian, ohhhh.. inilah cerita yang Zul Ariffin jadi bomoh tu, okey.. okey.. jom kita pergi tengok. 




Pergi berdua dengan Iman dan seperti biasa panggung wayang pilihan kami adalah GSC Cinema Paradigm Mall dan pilih tayangan sebelum tengahari untuk dapatkan tiket murah. Tayangan paling awal pukul 11.30 pagi. Memang cantiklah time tu sebab biasa tayangan pagi pukul 10 yang mana sebenarnya agak pagi sangat. Shuttle door kat Paradigm Mall ni pun kadang baru nak naik. Tak terkejar-kejar nak sarapan, boleh sarapan dulu di rumah, rehat-rehat, pukul 10.30 pagi baru keluar. 


Kita tengok dulu kecut ke.. pecah ke perutnya seperti tagline filem ini.




GSC Cinema Paradigm Mall cuma buka hall biasa aje pulak. Mujur beli tiket awal, dapatlah seat favourite. Hall biasa tiket lagi murahlah, baru RM14.




Panggung pun tak penuh sangat, tapi ramai jugak.




Sinopsis:


Mengisahkan Don Arif, seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti keturunan datuk dan moyangnya hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.


Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.


Muncul Datin Azizah, seorang balu, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.


Don Arif berpakat berkerjasama dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh dan Dr. Divya, pemburu hantu moden. Namun , semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif. Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas. Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila. Sumber.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Menyesal ya tengok Don Dukun ni. Sk macam, apo cerita aku tengok ni?? Masa masuk panggung, sebaris kerusi di bahagian belakang kami telah dipenuhi dan Sk jangkakan mesti akan riuh punyalah mereka ni bergelak-ketawa tapi sunyi ya. Tu takpa, dua orang penonton di kerusi depan Sk keluar awal. Mula ingat dorang nak ke tandas tapi sampai ke sudah tak masuk balik. Bosan giler filem ni dan Sk fikir kenapa... kenapa... kenapa... Zul Ariffin.. ko sanggup ambil watak ni? Berapa bayaran ZA dapat agaknya laaaa... hahahaha. Iman kata, dia bagi 4 aje. 4/5 ke 4/10?? Tanya Sk. 4/10. Aaaa.. untunglah Iman nak bagi 4/10.. SK nak bagi 1 aje tau.. hahahaha.

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ada juga nmpk iklan psl movie ni..mcm lawak tp bosan ye haha...kalo dh bosan tu mmg ptt la yg dpn SK tu tk masuk balik hehe

    ReplyDelete
  2. alaa sendu ye SK, ermm kadang-kadang macam tu lah kan filem-filem genre macam ni komedi seram kut ye :)

    ReplyDelete
  3. akak....saya pun terkena juga ingatkan best rupanya hambar gilerrrr..kita nak tengok sebab ada zul ariffin,tapi sampai rumah duk fikir kenapa la zul ariffin terima offer ni,kesian dia hahaha

    ReplyDelete
  4. 🤣🤣🤣🤣🤣. Saya ada baca review dari blogger Malaysia yg suka buat review movie, dari situ nampak bagus. Apalagi dalam 3 hari bisa menghasilkan berapa juta Ringgit. Jadi saya anggab menarik.

    Ternyata menurut Kaka hambar pula yee.😅. Daah lah, kalo semisal selepas dari pawagam ada di Netflix saya coba tontonlah 😅. Kalo tak bagus, tak rugi2 sangat

    ReplyDelete
  5. siapppp ada zul ariffin niii. tapiii hambar yaaaa

    ReplyDelete
  6. Memang x la SA nak tengok...hehehe...lama dah SA x tengok wayang

    ReplyDelete
  7. Lahhh tak berapa sangat eh citernya. Tengok teaser macam lawak kaw kaw.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!