Assalamualaikum WBT
HARI sabtu, kalau dah bersarapan sampai tiga macam, MACAM NI, jangan ditanyalah Pak Inche, nak makan apa tengahari. Mesti dia akan bagi jawapan, "masih kenyang lagi" atau "petang ajelah masak" atau "tengoklah nanti macam mana, nak makan luar ke?" Hahh.. gitu. Dia tak tahu walaupun nak masak petang ke, nak keluar ke, mesti kena ada perancangan. Kalau nak masak ayam ke, daging ke, semua tu kena defrost awal-awal, kalau masa nak masak baru nak defrost, memang ke makan malam la jadinya. Kalau malas masak, boleh makan kat luar tapi malaslah pulak nak mengadap jammed. Tu satu, satu lagi kalau dah petang-petang, mana nak cari nasi campur melainkan pergilah makan kat kedai tomyam, pesan nasi berlauk. Tapi, macam Sk cakap tadi, kenalah mengadap jammed pulak, mana mahunya PI nak makan kedai tomyam dekat-dekat dengan rumah, huhu.
Bila PI jawab, "kenyang lagi", SK terus mendesak PI agar berfikir, jangan suruh Sk yang fikir. PI cadangkan masak kari tulang. "Eh, mana pulak datang tulang," tanya Sk. Kisahnya sebelum ni PI beli tulang dia asingkan dua bekas. Yang sebekas tu dia minta,
masakkan Sup Tulang DI SINI, jadi ada lagi sebekas. Sk pun minta PI carikan dalam freezer dan rendam air, sekali PI bawa keluar bekas ni, terkejut Sk. Ada sticker situ, Sk yang tampal, bertulis Tulang Korban (masa snap pic ni tulisan dah kembang sebab dah defrost). Harta karun betul! Tak ingat siapa bagi, rasanya Kak Imah yang bagi semasa menyertai
Program Ibadah Korban tahun lepas (2023). Tapi Kak Imah macam bagi kaki lembu aje, memang tak ingat ya. Ya Allahhhh, macam mana boleh terlupa siapa yang bagi tulang ni??!
Tulangnya besar-besar dengan daging yang masih banyak jugak melekat pada tulang, maklumlah, yang potong semua bukan pro, kan. Lepas tu, PI tambah lagi sebuku daging anggaran 250 gram rendam sekali. Sk rebus sekejap atas dapur kemudian bilas sebelum dimasukkan bersama rempah kari yang telah siap ditumis dalam periuk noxxa. Kali ni, Sk memasak guna periuk noxxa sepenuhnya, set HP 60.
Menumis dalam periuk noxxa ni, kita gunakan fungsi 'stir fry' dan kena pantas, tak boleh nak berlengah sambil menumis bawang baru nak buat pes kari ke apa. Semua bahan mesti dah siap sedia sebab kepanasan dia tu tak boleh dilaras dan agak cepat memanas, kalau tidak nanti hangus.
Kari Tulang Lembu
Bahan-bahan :
1 ketul tulang lembu bersama isinya
250 gram daging, potong kiub sederhana besar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Rempah 4 sekawan
4 tbs Rempah Kari Daging
1 tbs Serbuk Cili
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air
2 keping asam gelugor
1 biji tomato belah empat
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar, kacau sekejap.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Tambah air, kacau lagi hingga pecah minyak. Matikan fungsi stir fry.
5. Masukkan tulang dan daging, tambah air secukupnya, separas sepertiga tenggelam tulang sahaja. Kacau mesra. Kemudian tutup periuk, letakkan tombol pada pressure, set HP 60.
6. Apabila fungsi HP telah habis, lepaskan wap, buka periuk.
6. Tekan fungsi stir fry, masukkan asam gelugor dan tomato, biar merenih sekejap, kemudian matikan fungsi stir fry.
7. Akhir sekali, masukkan garam, kacau sekejap. Tutup semula periuk agar kuah mesra sebelum dihidang.
(Dah cuci pinggan baru teringat lupa masukkan daun kari, hihihi.)
Tu takpa, dah habis masuk semua daging dalam periuk, tengah lepak kat hall tetiba PI datang, tanya.. mana daging yang nak masak kicap, hahahahaha. Sk ingatkan daging yang seketul PI tambah tu nak suruh tambah dalam kari. Sorrylah, lama tak masak dah lupa kalau masak kari daging kena ada daging kicap. Sk suruh PI cari daging lagi yang kecik-kecik. Memang ada Sk asingkan anggaran 200 gram daging dalam plastik-plastik kecik. Sk cakap, sempat jer rendam sebab Sk set HP 60, sejam lagi baru nak makan. Daging kecik cepat jer defrost. Siap defrost, PI yang potong dan perap dengan kicap. Senang jer, tinggal goreng, patut kena letak bawang tapi bawang dah wassalammm.
Yang dalam botol merah tu, acar buah dari
Pengantin Zariz dan Mira. Sk dapat bawa balik sebotol, memang sesuai betullah makan dengan kari tulang ni. Rasa macam makan nasi kenduri. Punyalah sedap agaknya kan, malam tu PI ajak repeat makan nasi dengan lauk yang sama. Jadi, Sabtu tu memang seharianlah duduk rumah. Sekali tengok kat fb, jammed ya kat mana-mana jalan dalam JB ni terutama sebelah-sebelah Tebrau sana. Sekarang kalau nak selamat, jalan-jalan kat Sunway Iskandar Puteri aje laaa. Nak naik Paradigm Mall sekarang pun jammed tau, sampai ramai yang komplen kena patah balik sebab guard tak bagi naik, parking fullllll!
Saya biasa makan daging lembu je. Belah² tulang jarang makan. Sup gear box pun saya tak pernah cuba makan.
ReplyDeleteMenyelerakan sungguh lauk kari Sk 😋
ReplyDeleteGitu style nya ya…kari daging kena regu dengan daging kicap.
Sedapnya kari tulang.
ReplyDeleteHari ini kita pun masak kari daging tapi daging bahagian peha.
Waktu makan, kita kata dalam hati : Lain kali masak sajalah tulang lembu. Sedap!
Fuhh pekat likat kuahnya tu. Mengancam tekak betul. Dia macam tu lah kalau dah kenyang pagi membawa ke tengahari macam tak tahu lagi bila nak makan seterusnya kan. Hujung hujung malas, beli je senang. hihi...
ReplyDeletekari tulang lembu...biasa kita mkn sup tulang je...yum222 pekat kuahnya tu
ReplyDeleteBeuuugh sedaaap iga sapi dimasak kari begini kak 😍😍😍. Walau saya tak pernah buat sendiri, selalu pesan saja. Memang harus pakai presto biar cepat empuk kan 😄.
ReplyDeleteWoww.. Sedappp! Mudah ada Noxxa.. Saya belum ada lg periuk ni... Hehe.. Skrg mmg jammed teruk di mana mana... Eh jap, sampai begitu sekali ek kalau g Paradigm... Parking full?? Huishhh... Kesian la kalau datang jejauh nk tgk permainan viral kat sana tu.. Tetiba kena halau.. Hoho..
ReplyDeleteselalu tajuk drama macam korban cinta... ini "terkorban kerana lupa"
ReplyDelete