Assalamualaikum WBT
SEJAK malam tadi, dah berjanji dengan Pak Inche, pagi ni nak bersarapan di Restoran Thoufeeq sahaja. Malas nak sediakan sarapan tapi rajin pulak nak bersiap. Walaupun kedainya belakang rumah, takkanlah nak datang pakai baju tidur. Karang terserempak pulak dengan student, mana pulak nak letak muka, hahahaha.
Siap saja sarung tudung tiba-tiba PI bagitahu Angah datang. Angahnya lepas hantar Indah sekolah, ada urusan di Kangkar Pulai, kemudian nak ke rumah Cik Ani, tu yang singgah rumah Sk hantar telur pindang. Alhamdulillah, rezeki. Besok bolehlah bawa ke office makan dengan nasi lemak Kak Sabariah, hehehe.
Tak jadi ke Restoran Thoufeeq, PI kata nak makan apom. Kalau nak makan apom, kenalah pergi Ashoka Curry House.
Sebelum tu PI singgah bank, depan bank ada orang meniaga sarapan, Sk turun beli kuih. Nampak Cara Berlauk ni memang tak pandanglah kuih lain. Sebenarnya bukan tak nak pandang, tapi nak kawal bajet, tak mahu beli kuih banyak-banyak. Selain Cara Berlauk, beli karipap kentang 4 biji untuk PI. Punyalah lama tunggu tosei, habis Sk makan 5 ketul.
Ruang berhawa dingin ni baru ditambah. Ada dua ruang berhawa dingin, boleh duduk dalam tanpa caj tambahan. Kami duduk dalam sebab ruang terbuka full house.
Selain apom, PI makan tosei biasa jugak.
Tosei Rawa untuk Tuan Tanah Kedaung! Lama tak makan, tadi tu keliru jugak sama ada nak makan tosei rawa atau puri.
Suka makan dekat sini sebab dia bagi kuah dalam set mangkuk kembar 4 tu. Bolehlah cicah chutney kelapa sepuas hati, hehehe.
Yang tukang tengok ni pun ikut rasa kenyang nampak tosei sampai empat jenis pencecah.
ReplyDeleteTak pernah makan telur pindang.
ReplyDeleteTerliur tengok telur pindang tu, lama tak makan!
ReplyDeletePuashati dapat kuah 4 mangkuk tu 👍🏻