Assalamualaikum WBT
HAAAA.. cerita tertinggal ni, cerita selepas balik dari Makan di Briyani Goat Father. Angah nak kena hantar tempahan telur pindang di Kampung Melayu Majidee dan beberapa tempat di sekitar JB. Dari Masai, kami melalui highway dan keluar di Ulu Tiram. Jenuh betullah nak sampai ke Kampung Melayu tu dan kemudian kami ke Taman Suria. Alang-alang dah sampai Taman Suria, Sk ajak mereka menyendol di Md Zain Cendol, Giant Taman Suria.
Jeika join sekali, nak ikut ibu (Angah) sebab nak belajar mekap dengan Kakak Indah.
Ambil gambar Indah dan ibunya dalam dua mode, yang di atas mode potrait, yang di bawah mode photo. Dalam post Briyani Goat Father, ramai yang komen muka Indah nak sama dengan muka Iman, hehehe.
Jarang-jarang budak ni nak bergambar.
Girls Day Out! Tapi tetap tak cukup korum.
Datang sebelum ni tak perasan ada pondok telefon ni. Tapi sayangnya, tak ada telefon awam dalam dia, ada telefon rumah lama yang jenis picit butang. Rasa nak tanya jer, nak tak telefon awam zaman tok kaduk? Kat kolej Sk ada,... hahahaha.
Cendol Kacang. Angah paling last dapat cendol, yang lain semua dah kacau cendol masing-masing. Baru teringat belum ambil gambar cendol, hehe.
Lama betul Mak Aji ambil gambar.
Rupanya Mak Aji ambik gambar Tuan Tanah Kedaung, hehehehe.
Hahahaaa.... bila nak mengaumnya SK.
ReplyDeletesedap tu cendol ada kacang merah selambak tu
ReplyDeleteLihat cendolnya teringat pula cendol yg saya makan di peranakan place Melaka 😍😍👍
ReplyDeletenampak sedapppp cendol ni. kenaaa try skali nii
ReplyDeleteBaru makan cendol abang kacak kat Ipoh semalam....
ReplyDelete