MAKAN MALAM DI ORIENTAL KOPI PARADIGM MALL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SEHARI dua ni bumi Tanah Jauhar dibasahi hujan. Tidak lebat dan bukan jugak hujan renyai, cukup sekadar membasahkan simen di carporch tapi tidak menyejukkan suhu dalam rumah. Masih terasa berbahang walaupun di tengah malam. Tapi, syukurlah, setelah lama panas terik, kan.




HARI Jumaat lepas, Pak Inche kata nak makan malam di Oriental Kopi cawangan Paradigm Mall yang baharu sahaja dibuka. Sk setuju ajelah, memang sepanjang hari Jumaat tu siangnya tak keluar. Sk ambil kesempatan untuk kemas bilik tengah dan buang barang-barang yang rasanya tidak diperlukan lagi walaupun ada rasa sayang, pejam mata sajalah. Penat jugak tu mengemas, bila PI kata tak payah masak memang terus rasa yabedabedoooo, hahaha.




Mudah sistem pesanan di Oriental Kopi ni, cuma tuliskan kod nombor makanan dan minuman yang ingin dipesan di dalam kertas pesanan yang dihantar ke meja bersama buku menu. Yang lecehnya, buku menu cuma dibagi satu aje. Dahlah PI tu kalau baca buku menu dah macam nak buat ulangkaji padahal dalam kepala dia dah memang kata nak makan Mee Udang tapi semua nak dibacanya. Kalau pergi kedai tomyam atau seafood restaurant pun sama, kemahen belek buku menu tapi pesan benda yang sama juga, hihi.




Memang dah lama rindu dengan Egg Tart dia ni. Rasa mana-mana egg tart tak dapat menandingi kesedapan Egg Tart Oriental Kopi.




Roti Bakar wajib ada tapi roti dia rangupnya, tahu tak macam roti biskut tu dia punya rangup. Dah hilang tekstur roti tu. 




Tapi potongan butter dia besar dan tebal, jadi kita maafkan, hehehe.




Mee Udang yang diinginkan. Memang sedap sangat mee udangnya, sama macam rasa mee udang di Restoran New Hollywood, Ipoh. Terdapat dua pilihan mee udang sama ada original iaitu campuran mee kuning dan mihun atau mihun sahaja. Udang dia besar dan segar, mee pun banyak. PI kata, dia tak larat nak habiskan udang lagi sekor, dia terus pindahkan udang tu dalam mangkuk mee Sk, terpaksalahhhh Sk... hehehe.




Pilihan Sk, Pan Mee atau Ban Mee. Aaaa.. puas hati sebab sedap giler okeh, hahaha. Cuma macam lambat sikit la dihidnag ke meja tapi tak marah sangat la sebab sambil tunggu tu tadi kan makan dulu tart relur dan roti bakar. 




Mee ada kat bawah, kena gaul dulu sebelum makan la. Lepas makan, memasing  perut memulas kekenyangan. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahaha...bab ulangkahi buku menu tu,saya geng PI...hihihi
    Syyy...dah mengemas mengemas tu..?😍

    ReplyDelete
  2. Roti yang rangup itulah yang kita sukaaa.... banyak butternya tu lagilah kita sukaaa!

    ReplyDelete
  3. Saya macam tahu oriental kopi ini. Bentuk egg tart dia mirip dengan egg tart yg dibawa kak Anies waktu kamu ketemuan di Penang. Kalo memang brand yg sama, memang sedaaap egg tart dia kak 😍😍😍. Saya pun teringin lagi.

    Dan ternyata ada cabang dia di KLIA 😍😍. December ini saya traveling lagi, dan transit lama di KLIA 1. Nanti nak mampir KLIA 2 lah utk coba 😄😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!