TERINGIN NASI ORANG KAHWIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HUJAN lebat baru melanda selepas masuk waktu Zuhur hari ini. Sejak pagi tiada tanda nak hujan malah matahari memancar terang sepanjang melalui lebuhraya Perling dalam perjalanan ke pejabat. Terangnya sampai silau, sampai duduk diam-diam dulu di lorong kiri, nak masuk kanan, silau, risau tak perasan ada kenderaan di lorong kanan. Tu la tak sangka, tiba-tiba hujan lebat pulak.




Tengahari tadi, masa nak beli nasi campur, terpandang lauk dalca dalam tray kecil atas kaunter. Memang dah berapa kali terasa nak makan nasi orang kahwin tapi tak ada jemputan pulak dua tiga minggu ni. Kalau ada tu berderet, kalau tak ada, tak ada langsung pulak sedara-mara atau anak kawan-kawan nak kahwin, hehehe.




Biasa, kalau ada dalca, mesti ada nasi orang kahwin atau nasi beriani.  Yeahhh, ada dalam flask nasi kecik. Selalu kalau Kak Sab dapat tempahan katering nasi beriani, nanti adalah sikit lebihnya jual di kantin.




Lauknya Ayam Masak Merah aje. Tak ada lauk kambing. Acar jelajah atau pencuk pun tak ada, Kak Sab kata, dah tak elok pencuknya. Kalau ada Pajeri Nenas pun sedap kan. 




Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Dalca, RM6. Tapi tu la, bila tak ada rasa masam-masam dari Pajeri Nenas atau Acar Jelatah, rasa muak sikit la. Tapi puas hati jugak akhirnya dapat makan Nasi Orang Kahwin, hehehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nasi ornag kahwin...eh...xde plak yang nak ajak kenduri ha..

    ReplyDelete
  2. Memang berselera kalau makan nasi orang kahwin. Bulan 12 nanti tentu ramai yang buat kerja kahwin.

    ReplyDelete
  3. haha jadilah dulu ye buat ghaso ghaso, dua tiga minggu lagi ni banyak jemputan nanti rasanya dah musim orang tawen hujung tahun kan :)

    ReplyDelete
  4. Ahad lepas kami pi kenduri kawin
    Gantung piyuk.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap.
    Bulan 12 nanti cuti sekolah, adalah kot jemputan kenduri utk SK :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!