MAKAN MALAM TIGA BERANAK DI ADAM KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HUJUNG tahun ni, banyak jualan murah, kan. Sk ni bukannya peduli sangat tapi Pak Inche balik dari menghantar bosnya ke hotel, bawa kasut baru. PI kata, dorang ajak pergi Johor Premium Outlet (JPO) dan PI pulak terbeli kasut Nike. Hurmmm.. terbeli la sangat. Iman kata, dia pun nak jugak kasut baru. Eh.. malam tu terus pergi beli kasut jugak untuk Iman. Mentanglah JPO dekat sebelah rumah, hahah. Sk tak beli la, kasut yang ada pun tak habis pakai, huhuhu. Dekat JPO pulak, terjumpa lagi dengan Datuk Amy Search anak-beranak tengah shopping. Dua kali jumpa dalam dua hari, hehe. Semalamnya jumpa DAS buat show di Paradigm Mall, kan.




Lepas beli kasut, mula nak makan malam di Absolute Thai dalam bangunan JPO tu jugakkan tapi sebab Sk tak boleh lupa pengalaman tak best makan kat situ masa awal-awal ia dibuka dulu. Jadinya, kami ke Adam's Kitchen Kulai lagi, dah dekat kan dengan JPO ni. PI makan Nasi Goreng China Seafood, Iman makan Mee Kolok Daging dan Sk makan Mee Kari Seafood. Wajib juga pesan Salted Egg Pau. Abaikan la kulit kepala udang tepi mangkuk tu, tu kulit kepala udang dari nasi goreng PI, hahaha.





Mee Kari, dalam menu tulis Curry Laksa (RM11.90). Isinya sarat betul, mee banyak, ada udang besar dua ekor, tauhu pok, kacang panjang dan terung. Kuah karinya sederhana pekat. Tak berjaya nak habiskan mee tu, isi-isinya jer Sk habiskan sebab banyak sangat.




Nasi Goreng China (RM11.90)



Kali ni kita pesan Prawn Chee Cheong Fun (RM12.90). Sosnya tak sama dengan CCF original, ni rasa dia seakan sos macam kita makan ikan stim Hong Kong.




Masa tengah-tengah makan, eh.. Datuk Amy Search datang bersama family beliau. Lahhhh.. dah tiga kali jumpa ni, hahaha. Sebenarnya macam dah boleh agak akan jumpa lagi kat sini sebab sepanjang berada di situ mereka dok pasang lagu-lagu dari kumpulan Search. Masuk-masuk restoran pun dah berkumandang lagu Isabella. Dalam gambar, DAS yang berbaju putih duduk tu. Yang berdiri tu kawan Sk sebenarnya. Kebetulan dia pun datang dinner dengan family dia. Amboi II, kemahen dia seronok betul ya dapat gambar dengan DAS.. hehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Isi dalam mee kari tu nampak macam akar bunga teratai....(yang bulat2 dalam mee kari tu), prawn chee cheong fun dan salted egg pau tu sedap.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa... tak sempat nak kirim salam sama Amy Search!

    ReplyDelete
  3. Sama pulak, semalam saya pun makan salted egg pau 😋

    Maksudnya restoran ni dah sedia maklum DAS akan datang makan sini lah ya? Itu yang siap-siap pasang lagu Search.

    ReplyDelete
  4. Saya pun awalnya pelik lihat kuah CCF itu, nampak beda dari yg biasa saya makan 😅.

    Waaah sampai ketemu Amy Search 3x ya kak. Saya pun suka sukaaa dulu lagu2 beliau 😄😄. Apalagi saya ingat dia pernah main film dengan aktris Indonesia , Nia Zulkarnain , judul filmnya sama dengan lagu, Isabella 😄👍

    Rindu pula nak nonton lagi 🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!