Assalamualaikum WBT
CERITA Selasa lepas, Pak Inche kata, balik kerja tu nanti dia singgah pasar malam, Sk nak makan apa? Sk mintak belikan Laksa Johor jer tapi pelik jugak, rajinnya PI nak pergi pasar malam hari selasa. Hari selasa, lokasi pasar malam di Taman Tampoi Indah yang mana PI dah jarang nak pergi sebab susah nak parking. Sk pun suka pasar malam Taman Tampoi Indah ni sebab ada jual Laksa Johor, Ubi Rebus, Lempeng, Cekodok serta kuih-muih di gerai yang sama. Kira macam apa kau nak makan, semua boleh beli kat pakcik tu saja tapi tu la, susah parking. Nak nak pulak, gerai-gerainya dah bertambah dan dibawa ke depan sikit, lagilah susah nak dapat parking sebab dulu boleh parking kat tepi jalan jer tapi sekarang dah ada banyak gerai baru kat situ. Jadi kadang tu boleh berangan ajalah balik kerja nak singgah pasar malam tapi selalunya tak jadi mengenangkan susah nak parking.
Sekali, PI masuk jer pintu rumah, lepas beri salam, dia cakap.. dia salah. Dia lupa sebab dalam kepala dia fikir hari tu hari isnin, pasar malam kat Taman Teratai. Dah sampai kat tapak pasar malam Taman Teratai tu, dia perasan tak banyak kereta, dia macam seronoklah. Lepas tu dia perasan kereta boleh lalu masuk lorong pasar malam tu, baru dia teringat yang hari tu ialah hari selasa, hahahaha. Sk dahlah memang tak sediakan apa-apa nak masak, kan. Sk ajak makan kat Restoran Thoufeeq jer, tak nak jauh-jauh, tapi PI ajak ke Di Kelapa, nak makan Mee Hailam, dia kata. Jom!
Ini kali kedua datang ke Di Kelapa ni,
kali pertama Sk ada ceritakan DI SINI. Sebaik sahaja duduk, staf DK terus datang bawakan buku menu. Staf tu kata, boleh terus buat pesanan, tak perlu guna QR code. Sk tengok buku menu tu baharu cetak, tak sama dengan buku menu sebelum ni. Ingat nak la belek buku menu lama sikit, tapi staf tu macam tergesa-gesa sangat, Sk kalau staf macam tu rasa tak selesa pulak nak biar dia menunggu tepi meja. PI dah pesan Mee Hailam, Sk pesan jer la Kuey Teow Hong Kong. Memang dari rumah 'blur' tak tahu nak makan apa sebab dah berangan PI tapau Laksa Johor pasar malam, hahaha.
Terkejut bila Kuey Teow Hong Kong dihidang ke meja, kuey teow goreng tepung dengan kuah ala cantonese. Kuah ala cantonese tu dah betul tapi kuey toew celup tepung tu.. hurmm, makan ajelah. Takkan nak suruh buat lain pulak. Sk bayangkan kalau SK mintak Mee Hong Kong, agaknya mee kuning tu pun dicelup tepung dan digoreng dulu ke ek? Gaya celup tepung ni dah nak sama macam
Kuey Teow Kungfu yang Iman makan dekat Lepak Corner.
Tekstur tepung tu rangup dan keras, nak bagi lembut kena rendam lama sikit dalam kuah. Mula-mula, Sk makan la rangup-rangup gitu, dah macam kunyah keropok, sudahnya melecet gusi dan rahang, hahaha.. aduii.. kenapalah dia pergi buat goreng macam ni. Sk selalu jugak makan Kuey Teow Hong Kong, tak pernah lagi jumpa yang digoreng macam ni dulu. Mujurlah kuah cantonese dia tu sedap. Makan punya makan, jumpa seekor udang bawah timbunan kuey teow. Oh, Sk perasan, ada pelanggan sebelah pesan makanan yang sama, pun berubah mukanya bila nampak rupa kuey teow dicelup tepung ni. Maaf ya, Sk bukan bermaksud menghina makanan tapi Sk tak puas hati sebab ia diubah dari makanan yang asal. Tapi, dalam tak puas hati tu makan jugaklah sampai licin, hahaha. Macam Sk cakap, kena rendam kuey teow tu dalam kuah agar lembut. Tapi sakit melecet tu membawa sampai ke pagi esoknya ya, huhu.
Sebelum ni PI makan Mihun Hailam, kali ni PI minta Mee Hailam pulak iaitu mee kuning. Sedap tapi PI kata mahal, udang seekor jer dengan sotong sikit sampai RM12. Lahhhh.. memanglah, okeylah tu RM12, makan dalam air-cond kot. Tapi memang nampak macam seketul aje sotong tu, patutlah PI tak puas hati. Dalam kuey teow Sk tadi banyak jugak rasanya sotong tu cuma agak liat sikit dah. Sambil makan tu, PI tengok bola kat handphone, lupa pulak game mana. Aaaa... iulah sebabnya tu dia asalnya nak beli makanan pasar malam aje, sebab ada bola, agak dahhhh.
Kali ni tak ada pesan roti bakar ke apa, memang makan ni aje sorang sepinggan. Lepas makan terus balik rumah. Best jugak makan dekat kedai dekat-dekat kawasan taman ni, taklah penat sangat memandu jauh-jauh. Cuma masalahnya tu la, ada saja yang tak kena dan tak menepati citarasa. Tu yang nanti makan jauh-jauh sampai ke bandar, sebab yang dekat-dekat semua rasa tak sedap.
Unik betul makanannya. Selamat menjamu selera
ReplyDeleteSA pun kerut dahi tgok rupa paras menu SK tu dan bayangkan gusi melecet..alahai...kena rendam dulu bagi lembut la baru bleh makan ye...sian SK...
ReplyDeletekalau hong kong yg asal camna? goreng dengan kicap mcm ladna tu ke?
ReplyDeleteJenuh jugaklah nak makan kena rendam kuah bagi lembut. Aduhai…
ReplyDeletenampak sedap mee hailam dan kue tiaw kungfu tu tapi kalau keras mmg mengundang amarah juga tu..hee
ReplyDeleteKecewa pulak kan, bila tak sama macam yang kita nak order
ReplyDeleteOh gitu pulak gayanya ye... Takpelah SK, lepas ni kalau datang lagi dah tau dah style nya boleh order menu lain.
ReplyDeleteRasa pelik juga tengok kuetiau celup tepung. Resipi baharu kot, tapi memang tak boleh bayangkan kalau ada depan mata kita, mesti renung lama-lama memikir macamana nak makan hihihii.
ReplyDelete