MAKAN DESSERTS DI MANZANITA PATISSERIE & BOULANGERIE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 




SAJALAH nak belanja Pak Inche di Manzanita Cafe ni. Hari tu dah belanja anaknya makan pasta di Manzanita Patisserie & Boulangarie cawangan Paradigm Mall. Ni kita belanja bapaknya makan desserts pula tapi di Manzanita Patisserie & Boulangarie cawangan Taman Daya. Sebaik sahaja sampai, nampak pulak Kopitiam Cawan Mas di sebelahnya, tanya PI nak kopitiam tu ke Manzanita? PI jawab, Manzanita.. amboi, kemahen!




Apple Rose Fruit Tea (RM18.80) 1 pot.

Sedap airnya, masam-masam manis. Sk offer PI latte atau cappucino tapi dia kata, okey jer kongsi minum air ni. Korang kalau ramai pun, boleh kongsi jer satu pot ni, yang bestnya dia boleh refill tau. Tapi tak pastilah dia tambah macam mana, Sk agak, dia akan tambah air panas jer sebab serbuk teh dia memang dah ada dalam tapis yang diletak dalam jug ni. Beberapa kali jugaklah staf datang tanya jika nak tambah, tapi Sk dan PI menolak, sebab kami berdua aje, kan, memang cukup satu jug aje. Ia disertakan dengan air gula yang berasingan jadi ikutlah nak letak air gula atau nak minum kosong.




Fluffy Pancake with Caramel Banana (RM21.90)

Pancake, pisang, fresh cream, ais krim dan maple syrup serta taburan badam cincang dan buah delima. Buah delima dia manis sangat, memang A+, aiskrim dia A+ tapi tapi tapi, pancake dia tak fluffy pun. Satu lagi, bila dia cakap caramel banana sepatutnya pisang tu dia kena panggang guna butter hingga berkaremel, tapi memang pisang masak semulajadi aje dia letak alat-alat kat situ. 




Lupa pulak nak ambil gambar Signature Butter Kaya Croissant PI sekali. Dan tak ambil gambar suasana dalam cafe sebab ramai pelanggan. Manzanita ni konsepnya macam makan dalam taman, dia ada banyak pokok artificial sederhana besar dan rendang diletakkan di meja-meja, jadi gambar tu memang agak berbayang sikitlah.


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih


  1. Memang sedap minum air ada rasa masam sikit.
    Menarik pilihan menu Sk, tergoda saya nak mencuba.
    Gambar ada bayang-bayang pokok nampak lebih berseni 😀

    ReplyDelete
  2. wahhh nama cafe, European sangat.. nampak sedap2 SK :)

    ReplyDelete
  3. Duuuh sayang juga kalo pisangnya tak dipanggang dulu yaa. Aneh memang kalo langsung letak pisang biasa di atas 😄. Lagj satu, kalo pancake tak fluffy, langsung curiga ini pakai adonan instan kah 🤭

    ReplyDelete
  4. dekat sangat dengan rumah kakak ipar ammi, dia di jalan nibong kalau tak silap

    ReplyDelete
  5. Sukanya saya kalau dapat dating berdua dgn Encik Suami makan minum begini. Rasa romantik pula.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!