NASI LEMAK SOTONG BUNCIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum WBT


Pada mulanya semalam, Pak Inche kata, malam nak makan Sotong Masak Kicap. Aisehhhmannn, masak kicap lagi. Turutkan ajelah sebab senang kerja lagipun sotong-sotongnya tu dah lama sangat simpan. Hari khamis kan balik cepat,  adalah masa nak masak. Sekali, bila dah kekenyangan makan apom di Ashoka Curry House, PI berubah fikiran, nak makan nasi lemak pulak. Dua kali tanya, nak makan nasi putih dengan sotong masak kicap atau nasi lemak? Nak nasi lemak jugak. Kuturuti...




Hari tu nampak seseorang kongsi cara dia masak nasi lemak dengan menambah sedikit minyak masak dan sesudu gula pasir. Sk tiru letak minyak masak tapi tak letak gula. Macam janggal pulak nak letak gula dalam masakan. Sk cuma letak gula kalau masak sambal tumis. 



Guna serbuk santan kelapa jenama S&P. Sebelum letak tu, Sk hidu dulu, wangi betul, macam untuk buat kuih. Bila tengok gambar ni baru perasan ada perkataan PANDAN. Risau jugak takut nasi lemak rasa kuih talam, hahaha, tapi okey aje, sedap juga guna jenama ni cuma ambil masa sikit nak larutkan serbuk santan tu.


Resepi Nasi Lemak Sk


2 pot beras
4 tbs serbuk santan kelapa 
Garam secukupnya
3 biji bawang merah dimayang
1" halia hiris kasar
1 tsp halba
1tbs minyak masak
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Cuci beras bersih dan masukkan air secukupnya.

2. Masukkan semua bahan lain, kacau sehingga serbuk santan kelapa larut.

3. Masak nasi seperti biasa, kacau ratakan santan ketika di pertengahan proses memasak.

4. Masak hingga nasi kering.





Sambal kosong jer, itu pun guna cili kisar cap Terengganu yang masih ada stok lagi. Rasanya lepas ni memang malas dah nak kisar cili sendiri sebab dah jumpa jenama cili kisar yang okey macam cap Terengganu ni.



Sambal Kosong


4 tbs cili kisar
1 biji bawang besar kisar halus bersama sedikit minyak masak
1 tsp belacan, larutkan dengan sedikit air
1 tsp pes asam jawa
Garam secukup rasa
3 tbs gula pasir
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :


1. Panaskan minyak masak, lebihkan sedikit.


2. Tumis bawang kisar hingga berubah warna dan terbit minyak.


3. Masukkan cili kisar, masak lagi sehingga terbit minyak dan kacau sekali sekala, tambah sedikit air.


4. Masukkan garam, gula pasir dan belacan serta pes asam jawa. 


5. Tambah sedikit lagi air, kacau lagi hingga terbit minyak. Renihkan seketika. Aaaa.. shiap!




Telur lenggang is wajib. Guna 3 biji telur, sedikit garam, pukul guna garfu. Kemudian goreng dengan sedikit minyak nipis-nipis dalam kuali leper sehingga habis. Dah siap goreng, potong bentuk segi empat, orang sekarang panggil telur simkad, hahahaha.




Goreng ikan bilis sikit untuk PI. Sk tak suka, masin!




Aaa.. ni Sk suka, Sotong Buncit, heheheh. Buncit tu sebab Sotong bertelur. Asalnya konon nak buat Sotong Goreng Tepung tapi tiber rasa macam penat sangat pulak. Jadi, tukar jadi Sotong Buncit ala-ala lauk kedai-kedai nasi lemak viral. Lepas siap goreng telur, tambahkan sikit minyak baki goreng ikan bilis, letak Sotong ni sekor-sekor. Kemudian ada pulak baki sambal tumis kosong sebelum ni Sk letak atas sotong dan biar dia masak ala-ala Sotong Bakar Sambal. Gerek sehhh!




Tak cukup korum sebenarnya sebab tak ada timun dan kacang tanah goreng tapi bagi PI, dua benda tu tak ada tak apa, janji ada ikan bilis dengan telur lenggang, mesti makan tambah nasi punya!!!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tu tgk sotong tu...kita suka sotong camni dr sotong kering tu kalo mkn nasi lemak

    ReplyDelete
  2. terliurnya tengok nasi lemak akak,ingat nak buat juga la Ahad nanti Pia boleh outing balik rumah

    ReplyDelete
  3. Cantik warna sambal tu.
    Nanti nak try buat telur lenggang. Lawalah kejadiannya.

    ReplyDelete
  4. Sotong muncit....kena palk ngan nasi lemak haruman pandan....terliur tau

    ReplyDelete
  5. sedapnya sambal sotong tu, sesuai dengan namanya buncit hehe
    nasib baik nasi tu tak rasa pandan kan

    ReplyDelete
  6. ada sorang kenalan ni dia kata dia tak suka belacan, tapi masa datang rumah ammi, elok je ammi tengok makan sambal ammi bertambah. dia lupa ke rasa belacan tu camna?

    ReplyDelete
  7. Kita kalau buat sambal sotong sebiji2 macam tu..ada yang tarik muka nanti..hahaha...tapi kalau nak buat kena time dia kat UCAM..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!