Assalamualaikum WBT
DALAM perjalanan ke pejabat pagi tadi, matahari memancar terik. Masa balik kerja semalam pulak, hujan panas. Sangka Sk, pasti cuaca akan panas sepanjang hari ini tapi rupanya hujan turun selepas azan zohor berkumandang. Alhamdulillah, sejuk sikit suasana. Apa tidaknya, waktu hampir nak balik kerja petang semalam, tetiba Sk terbau besi terbakar. Cari punca bau, macam datang dari pendingin hawa. Kawan Sk matikan dan cari punca, tak ada apa-apa. Pagi tadi, bila Sk hidupkan, ada percikan api dan bunyi letupan, serta merta ia mati semula. Nasib Sk tak melatah, hahahaha. Ketibas dan berkicap la memasing hari ni sementara tunggu ia dibaiki.
Iman tanya, okey tak jika dia pesan tomyam nak makan dengan nasi putih. Lapar sangat! Boleh, tapi, tak tahulah sedap ke tidak tomyam kat kedai mamak, hahahahah. Nahhhh.. ternyata sedap ya. Sk berani kerat jari la, tomyamnya lebih sedap dari kedai tomyam yang selalu letak pes tomyam. Ni diorang masak tomyam putih ya, tak letak pes, memang sedap la di tekak kami. Sampai licin Iman hirup kuah tomyam, hahaha. PI macam biasalah dengan tosei dan kuah kari kambing.
Dalam pada nak jaga perut agar kempis sebab esoknya nak berkebaya, boleh pulak termakan Nasi Goreng Ayam. Ishhhh.. termakan la sangat! Sampai licin pinggan nasi goreng dikerjakan, hahahahaha. Eh, tak baik membazir, kan. Tu nasib baik tak mintak Teh Tarik, hehehehe. Kita makan la tanpa prejudis walaupun ketika itu jarum jam sudah hampir ke jam 11 malam, huhuhu.
Kita suka tomyam putihhhh.....dapnya...aduh...kenapa tengok time ni...laparrr...
ReplyDeleteSedap sangat la tu sampai licin makannya ya. Suka juga nasi goreng.....
ReplyDeleteBila sedap, uncle pun selalu guna alasan tak baik membazir tu....
ReplyDeleteMakan tanpa prejudice tu I like haha ..
ReplyDeleteBetul, kdg ada yg sedap juga tomyam kedai mamak ni. Kakak selalu order...
Sekarang musim hujan. Ingatkan panas, tiba tiba tengahari hujan. Tomyam putih memang sedap tapi tulah jarang order. Yang merah letak pes tu jugak yang biasa di order. Dah termakan, Seronoklah perut. hihi...
ReplyDeletehah nk berkebaya tu kena tahan makan skit hehe...tp tk mkn lapar plak kan...kita lama dh tk pki kebaya ..zaman dlu kala je pki time kurus hehe
ReplyDeleteAduuussss..... sakitnya mata ini melihat tosei dengan kari kambing!
ReplyDeleteCepatlah hari Sabtu & Ahad! Mo pigi sarapan tosei di kedai mamak.
Tomyam putih nih jarang saya makan. Baru tahu ada juga kedai mamak yg jual Tomyam yaa 😅.
ReplyDeleteJaga makan Krn esoknya nak pakai kebaya ya kak 😄😅. Mungkin hrs tambah pakai shapewear biar jatuhnya bagus di badan 😁. Saya biasa kalo harus pakai kebaya, pastilah shapewear tak boleh lupa. Memang buat tersiksa sikit, tapi demi kaaan hahahahaha
ammi memang dah lama tak pakai kebaya or apa2 yg ketat di perut, pinggang. payah nau nak cover accessories tambahan tu. nak pakai girdle kita tak reti
ReplyDelete