Assalamualaikum WBT
KADANG teringin jugak nak bawa bekal hari-hari. Tapi tu la.. nanti pagi-pagi kelam-kabut nak siapkan bekal tu satu, balik rumah pulak, nak kena cuci bekas-bekas bekalan pulak. Boleh jer nak cuci siap-siap dekat pejabat, tapi kadang nanti terkejar-kejar. Ishhhh, ada aje alasanmu ya, Sk, hahaha. Beli ajelah yang senang, lagipun kos makan tengahari Sk taklah mahal. Yang mahal tu kalau tapau dekat luar, pernah ambil ikan caru seekor dengan tempe dan sayur, kena caj sampai RM17!
Asam Pedas Ikan Pari dengan Bendi dan Sawi Pakchoy (RM8)
Asam Pedas Siakap dengan Kacang Buncis (RM7)
Sekali-sekala ada buah. Nenas beli dengan En Nas dan Pisang 44 Hari kawan bagi. Sk baru tahu nama pisang ni Pisang 44 hari, ada juga yang panggil Pisang 40 hari.
Cencaru Sumbat dan Kacang Panjang Goreng dengan hati dan pedal ayam (RM8)
Asam Pedas Ayam dengan Kubis dan Kacang Panjang (RM7).
Asam Pedas Ayam lagi dengan Sayur Kubis jugak (7)
Asam Pedas Ikan Mayong dengan Kangkung Belacan dan Kubis Goreng (RM7)
Asam Pedas Siakap dan Taugeh Goreng (RM7)
Chicken Buttermilk dan Chap Chai (RM7)
Bawa bekal sebab ada nasi dan Ayam Masak Kicap lebih.
Bawa nasi lebih semalamnya, beli lauk aje, Ikan Kerisi Masak lemak Nenas dengan Taugeh. Lauk tu RM6.
Selingan, beli Putu Piring, RM7/5 keping. Dah sama harga nasi campur tapau hari-hari kat kantin, hihi.
Macam gitu dapat bawah RM 10 memang murahlah.
ReplyDeletePisang 40 hari bukan 44 hari.
Kawan yg bagi tu yg cakap 44 hari wak, hihi. Maafkan sy.
Deletesedap sedapnye lauk...
ReplyDeleteRezeki SK kerja sini kan, harga makanan masih reasonable, berbanding beli di luar. Pilihan pun banyak dan sedap² nampaknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah,harga yang agak mesra poket..kalau gini harganya kat tempat saya pakai tak masak di rumah dah ...hihihi
ReplyDeleteW'salam,
ReplyDeleteNampak sedap semua lauk, harga pun tak mahal sangat.. Pilihan lauk juga banyak.. Di tempat saya sekali makan mesti RM13 ke atas sepinggan tak campur air..
Bawah RM10 memang murah la SK..better beli sebab sama je kos bawak bekal kan..kalau sempat je la..SA memang kena bawak bekal sbb suami sejenis suka bawak bekal..tp depend gak..tiber malas..memang x bawak la
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMemang berbaloi harganya SK. Lauk pun sedap-sedap.
Bolehlah beli selalu.
murahnya nasi. memang berbaloi beli la macam ni
ReplyDelete