MAKAN DI MANZANITA PATISSERIE & BOULANGERIE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS menonton filem Don Dukun, Sk menyerahkan kepada Iman untuk memilih lunch di mana. Iman kata, nak makan di Vivo Pizza. Lama giler la tak makan situ, kan.. last makan di Vivo Pizza sebelum Iman belajar di Politeknik Ungku Omar, nampak tak.. punyalah lama. Sk ikut ajelah, kalau tanya tekak mak dia ni, memang nak makan nasi campur atau nasi padang di Food Court. Lepas tu, fikir-fikir, hari-hari biasa pun dah makan nasi time tengahari, kan.. takpelah, hari cuti ni kita layan tekak mat saleh, hehehehe.




Turun sahaja dari eskalator, mula ingat nak jalan-jalan dulu sekali ternampak Manzanita Patisserie & Boulangarie. Iman kata, wahhhh.. jomlah makan kat Manzanita. Lepas tu, dari plan nak jalan-jalan dulu, dah tukar jadi makan dulu lepas tu baru jalan-jalan. Meh la belek dulu buku menu.






10 menu pilihan Chef ini menyenaraikan dari menu pembuka selera sehinggalah pencuci mulut. Aaaa.. kalau siapa yang malas nak fikir nak makan apa, anda pesan sahaja menu-menu pilihan chef ni.






Banyak flavor pizza yang boleh anda pilih.









Rambang mata dibuatnya, dahlah tengah lapar, rasa nak order semua! Apa yang Sk dapati menu-menu yang ditawarkan di sini ada kelainan dari kafe-kafe yang pernah Sk pergi.




Pesanan dibuat secara manual, cuma tuliskan nombor kod menu dalam kertas pesanan yang dihantar ke meja bersama buku menu. Mudah!




Iman kata malas nak mekap. 




Fiery Beef Fettucine untuk Iman. Sosnya menggunakan daging lembu cincang yang dimasak dengan resipi istimewa dan taburan chili flakes. Rasa dia pedas-pedas manjah!




Thai Basil Chicken Fillet Fettucine untuk emaknya. Gabungan masakan Thai dan Itali yang mantap. Dah lama nak cari menu fusion macam ni, bosan dah makan spaghetti aglio olio, hehehehe. Bahan sos pasta ni tentunya homemade, cili padi kisar bersama daun basil. Sk rasa, kalau dia letak seafood, lagi padu!




Pasta fettucine homemade dan ianya dimasak sempurna. Tak keras, tak lembik, 'al dente' la gitu eh, kalau baling kat dinding, ia lekat kat dinding gituh! Masa tengah makan, supervisor restoran datang ke meja dan beritahu ini menu baru, minta berikan komen lepas makan dengan mengimbas QR Code. Okey, baik!




Golden Corn Ribs ni sedap!




Puas hati sebab sedap, hilang kecewa tengok Don Dukun, hihi. Kekenyangan betul, mujur tak pesan dessert. Pada mulanya nak pesan terus, minta hantar kemudian, lepas tu fikir, tunggu lepas makan dulu baru order. Tapi, tak jadilah order sebab dah kenyang giler, hahaha. Kesimpulannya apa? Kesimpulannya, kena repeat sebab nak cuba menu-menu lain pulak, hihihi.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. byk pilihan menu tu...menarik tgk corn ribs tu...jrg jumpa menu fish dlm pasta

    ReplyDelete
  2. walaupun dlm buku menu nmpk ada pizza, tetap iman tak jadi makan pizza...hihihi

    ReplyDelete
  3. Presentation pun paduuuu 👍🏻
    Corn ribs tu melambai² la...

    ReplyDelete
  4. Saya lihat menunya, langsung tertarik dengan grilled macarel 😍😍😍. Nampak sedaaap.

    Iman nih pandai makeup. Krn di foto2 dia yg sedang pakai make up terlihat bagus hasilnya. Look natural. Dan Mata dia nampak cemerlang 👍

    ReplyDelete
  5. Iman...x mekap pun cantik laaa...sedap2 la menu kat sini...corn ribs tu buat kita terliur...dapnyaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!