MAKAN DI RAMEN LANZHOU CINA MUSLIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


RESTORAN Mee Tarik di JB ni sekarang dah macam cendawan tumbuh pulak. Sekejap dengar ada kedai baru buka di sana, sekejap dengar ada kedai baru buka di sanun. Antara kedai mee tarik yang Sk sudah cuba pastinya Mee Tarik Warisan, Mee Hiris Cina Muslim dan Othman Mee Tarik. Kali ini, Sk mencuba pula mee tarik di Ramen Lanzhou Cina Muslim yang terletak di Senada Hills, Nusajaya. Eh, ni pun ada tiga lagi senarai kedai mee tarik baharu dan lama yang dah masuk dalam wish list tau, nanti kita terjah satu-satu. 




Sebaik sahaja duduk di meja, kami diberikan buku menu seorang sebuah namun pesanan makanan perlu dibuat dengan cara mengimbas QR Code yang ditampal di tepi meja. Walaubagaimanapun, seorang staf wanita melayu setia berdiri di sisi Sk, yang akan menjawab sebarang pertanyaan berkenaan menu. 




Inilah Signature Ramen di sini iaitu Beef Noodles.




Menu yang sama tapi daging lebih. 




Mixed Noodles ni tak ada sup atau kering.




Banyak sungguh pilihan masakan mee kering. Bagi mereka yang tak mahu makan mee, turut disediakan nasi putih dengan lauk sama ada set atau ala carte.




Sebenarnya dari luar restoran yang berdinding kaca dah terpegun tengok berpuluh-puluh mesin jahit disusun sebagai partition bagi memisahkan ruang makan bagi mereka yang hendak menikmati hidangan steamboat.
 



PI pilih Signature Ramen iaitu Beef Noodles. Ambil normal size, RM12.90. Dilema jugak nak ajak PI ke sini sebelumnya, sebab beberapa kali pergi makan mee tarik semua tak kena dengan selera dia tapi kali ni nampaknya PI kata sedap. Supnya berasa dan kita boleh ubahsuai dengan menambah chili oil dan kicap soya berbanding di Othman Mee Tarik yang tiada kicap soya tapi cuka hitam.




Sk pesan Fried Beef Noodles with Fungus, RM16.90. Nama sahaja mee goreng tapi ia tidak digoreng sebaliknya mee tersebut dihidang bersama daging dan cendawan, seperti mee berlauk. Selain tu, wajiblah ambil Beef Dumpling, berbaloi sangat ada 15 ketul, RM14.90.




Mee Sk tu, nak makan kenalah gaul dulu, letak chili oil, sedap juga tapi secara peribadi Sk lebih sukakan Fried Beef Ramen di Othman Mee Tarik. Bnayak betul mee dia letak dalam sepinggan tu, jika anda tak kuat makan macam SK lebih baik berkongsi.




Beef dumpling dia sedap, puas la makan sebab banyak. Lepas tu PI kata, bungkuslah, tak larat nak habiskan. Aaa.. bungkus 7 biji, bawa makan kat office. Sekejap-sekejap makan seketul, sekejap-sekejap makan seketul, hahaha.




Tadi, dia kata kenyang nak habiskan dumpling, tapi sebelum sampai rumah dia boleh ajak singgah Thofeeq makan tosei. Dia kata, kembang pulak tekak minum Teh Tarik dekat kedai ramen tu. Memang tak berapa banyak pilihan minuman, yang ada pun pelik, jadi minta Teh Tarik tapi dapat teh 3 in 1. PI pulak tekak dia tak boleh terima teh tarik 3 in 1 ni, nescafe 3 in 1 pun dia tak suka.




Sk pun mendessert laaaa.. SK makan Roti Pisang, dappp.



Sukalah tu dapat tosei cicah kari kambing ngan chutney. Baru boleh lena tidur, hahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dumpling tu je kot yang menarik minat PH, sbb tak brp gemar mi tarik ni. Last time rasanya makan masa pregnant kan Kakak kot, seminggu 2-3x itu yg muak sampai skrg kot 😆
    Tosei tetap jadi pooojaan hati PI :D

    ReplyDelete
  2. fav menu dumpling tu...mee tarik byk beef pn suka....sedapnya tgk roti pisang tu

    ReplyDelete
  3. Roti pisang tu sedapnya. Tosei dgn chutney tu pun kita nak juga!

    ReplyDelete
  4. Suka gak menu mee tarik tapi kena ada isi daging...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!