MAKAN MALAM VIETNAMESE MUSLIM FOODS DI RESTORAN BERKAT ABA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


TRAUMATIK sungguh bangun dari tidur pagi tadi. Biasanya, bila dengar bunyi alarm, mata masih terpejam sambil bangkit dari pembaringan. Tapi, pagi tadi, mata terus terbeliak memandang ke tingkap, dan tengok di luar rumah dah cerah. Punyalah terkejut lepas tu baru perasan cerahnya tu datang dari cahaya lampu jalan dan cahaya lampu carporch rumah jiran. Tak dengar pulak bunyi tarhim subuh seperti semalam, tengah-tengah lipat selimut kait pemberian Blogger Nur, baru terdengar sayup-sayup alunan tarhim subuh dari masjid.


p/s  Lama tak dengar khabar dari Nur, sihatkah dia?




KISAH rabu minggu lepas, menikmati makan malam Vietnamese Muslim Foods di Bandar Indahpura. Perniagaan ini milik rakan lama Pak Inche. Ceritanya, masa tengah borak-borak dengan rakan Sk yang bergambar dengan Datuk Amy Search di Adam's Kitchen yang Sk ceritakan DI SINI, tiba-tiba kami ditegur rakan lama PI ni. Rupa-rupanya beliau baru membuka restoran berhadapan dengan Adam's Kitchen (cawangan Kulai). Rakan PI ni berkahwin dengan wanita Vietnam yang pakar memasak masakan tradisi Vietnam.




Antara menu Vietnam yang ditawarkan di sini. Jangan risau tentang status halal kerana mereka adalah muslim.




Selain tu ada juga masakan citarasa Indonesia seperti Ayam Penyet dan masakan goreng panas seperti mee dan nasi goreng. Rojak pun ada.




Pesan  Beef Noodles ni sorang semangkuk. Memang dah lama rindu nak makan Mee Sup Vietnam ini atau dikenali jugak sebagai Pho Bo. Bo tu merujuk kepada daging lembu. Jika ayam, Pho Ga.




Sk pesan Goi Cuon atau Vietnam Spring Roll tapi mereka kehabisan udang. PI kata, ambil Vietnam Popia ni atau dipanggil Cha Gio. Vietnam Spring Roll tu yang kulitnya jernih dan boleh dimakan terus, yang ni pulak macam popia kitalah, digoreng dalam minyak penuh atau deep fried.




Intinya adalah isi ayam dan udang berserta suhun dan pelbagai sayuran. Sedapppppp gilerrrr! Tak boleh move on, dengan intinya penuh padat dan kulitnya rangup tapi tak hancur bila kita patahkan tu.




Pho Bo ni makan dengan Chili Oil dan jeruk bawang putih tu. Aaa.. ni pun sedap ya,berasa sangat supnya tu kerana menggunakan air rebusan tulang lembu. Pho Bo ni seakan mee celup cuma dia punya rasa tu beza sebab dia letak daun selasih. Sambil taip ni pun telan-telan ailio teringat, hahahaha.



Restoran Berkat Aba

239, Jalan Kiambang 15, Bandar Indahpura, Kulai
(berhadapan dengan Adam's Kitchen)


Buka setiap hari kecuali Sabtu
9 pagi hingga 9 malam

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Vietnamese Roll yang macam kulit popiah putih tu pernah juga makan..

    ReplyDelete
  2. Baca frasa 'bangkit dari pembaringan' terasa klasik sikit, teringat lagu-lagu nasyid zaman kanak-kanak.
    Harap blogger Nur sihat-sihat sahaja. Memang lama tak dengar khabar beritanya.
    Aduii... kalau popia intia yam dan udang memanglah sangat sedap. Tak cukup saya makan tiga ketul, hendak 6-7 ketul juga!

    ReplyDelete
  3. Yang membaca ni pun telah² ailioq gakss 😆 Nampak sedap sungguh supnya tu ...
    Aah, ada few bloggers inc Nur yg dah lama menyepi. Harap semuanya baik² saja utk mereka.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya popia tu terus terliur ni.

    ReplyDelete
  5. betul kak teringat-ingat dekat kak Nur..nak cari mana tak tau,blog dia macam dah tak ada

    ReplyDelete
  6. Aduhhh...SK tayang Pho Bo plak...dapnyaa...SA dah lama x makan Pho Bo...masuk wishlist la..bulan depan pi melawat Khalaf bleh pi cuba

    ReplyDelete
  7. Kak nur blog nya pun dah tak ada 😔. Sedih juga, jadi tak bisa tahu kondisinya sekarang.

    Terliuuuur sangat lihat pho nya kak. Tak sabar , December ini saya akan celebrate new year di Hanoi dan Sapa, dah terbayang nak makan pho puas2 di sana 😍😍

    ReplyDelete
  8. Maknanya Pho tu adalah sup. Kat foodcourt area rumah ammi pun ada kiosk jual vietnamese food juga. sedap dan kenalah dgn tekak kita yg suka pedas ni.

    tang spring roll tu kan, haritu bibik office ada bawak karipap. inti dia mihun (tp sedap sangat). masakan sunda katanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!