Assalamualaikum WBT
DEKAT Tanah Jauhar ni sekarang terutama di sekitar Johor Bahru, dah banyak dibuka Restoran Nasi Kandar ya. Angah cakap, De.. sekarang kalau kau nak makan nasi kandar tak payah pergi Penang dah. Dekat taman baru depan taman rumah Angah dah ada Nasi Kandar Mamu, sedapppp, menurut Angah. Sk belum cuba lagi tapi yang ni Sk pergi yang dekat dengan rumah Cik Ani, Nasi Kandar Stadium.
Memang sesuailah nama Nasi Kandar Stadium kerana perniagaan dijalankan berhampiran dengan Stadium Sultan Ibrahim. Habislah Restoran Al-Safa.. kata kami (YTJT).
Pak Inche ni memang tak bagi chance langsunglah kita nak tangkap gambar sebelum makan. Sejenis tak menyabar bila nampak makanan. Sebelum ni, PI dah datang dulu rasmikan, tapi masa tu PI tapau. Lulus, komen PI! Tu yang dia ajak kami makan kat sini pulak tapi datang dah petang, ayam bawang habis pulak. Dah habis makan, baru mereka bawa keluar yang baru panas-panas.
Yang ni pinggan Iman. Sedap jugak ayam Iman tu. Macam biasa kuah Iman kena banjir la.
Pinggan Tuan Tanah Kedaung. Yang buat nampak macam penuh pinggan tu, Sk ambil dua jenis sayur (Tak mengaku makan banyak 🫣). Nasi Kandar Stadium ni ada persamaan dengan
Nasi Kandar Pekan Lama (Ipoh) sebab dia ada sambal kelapa, tapi sambal kelapa tu ceduk sendiri, dia letak di kaunter. Tu sebelah cili hijau tu, yang nampak oren-oren tu la sambal kelapa, cuma dia lumat sangat sampai hilang dah tekstur kelapa tu. Sikit lagi jadi kerisek, hahahaha.
Lepas makan NKS, pergi jalan-jalan ke Sunway Big Box. Tak larat melayankan Iman nak cuci mata, kami cuci tekak di Hunz Cafe sementara Iman cari barang dia.
Kenyang dah makan nasi kandar, kita ngopi sajalah. Pesanan dibuat dengan mengimbas QR Code dan boleh terus buat bayaran secara online. Salted Caramel Latte untuk PI dan Strawberry Latte untuk Tuan Tanag Kedaung. Sedih tengok latte art dia, hehehehe.
Dalam dua tiga minggu lepas, PI menang pertandingan karaoke Malam Media Night (Uda Land) dapat nombor 3 tau, haha... hadiahnya merupakan voucher Parkson bernilai RM50, PI kata nak claim voucher tu beli luggage yang kecik sikit senang kalau kena outstation satu malam sebab luggage dia pun macam dah nak rosak. Tapi, tak menyabar, nak membeli tu time, time tu jugak, tak nak tunggu hari minggu. Sampai mall (Paradigm Mall JB), dah pukul 9 malam, pilih-pilih-pilih dah dekat setengah jam lepas tu sangkut nak bayar pasal stamp tarikh luput voucher tu tak nampak biji butir dia. Nampak putus-putus, tak ikhlas langsung tukang cop tu ya dan kena tunggu mereka dapatkan pengesahan dari Parkson Angsana Mall (yang keluarkan voucher tu). Lepas selesai semua, mall pun dah nak tutup, tak tahu nak makan mana dah, PI ajak ke
Lepak Corner di pusat bandar. Sampai sini rasa rugi pulak tak ngeteh, hahaha. Bulan Julai sampai Ogos banyak mengelat minum manis kau ya, Sk!
PI pesan makanan kegemaran dia, Mee Hailam. Sarat betul Mee Hailam tu, sedap tu sedaplah, tapi tak ada rasa asli mee hailam.
Iman makan Kuey Teow Kungfu!
Tapi.. tak habis, banyak sangat dan pelik sikit sebab kueyteow tu macam goreng tepung rangup, haha. Bungkus la, jangan membazir.
Sk makan tiga biji mantao cicah kari. PI makan sebiji. Iman tak minat ni.
Walaupun portion besar murah jer harga Mee Hailam dan Kueyteow Kungfu.
Bawa kueyteow tak habis tu pergi office, panaskan kat office, hehehe.
Nasi kandar tu menggoda betul! Saya kalau mengandar mesti ambik peria goreng jugak. Sedap!
ReplyDeleteIni kalau dania nampak nasikandar stadium ni mesti dia ajak SA ngan uncle babah dia pi ni...jenuh nanti ni...
ReplyDeletesedap nengok semua menu akak... terliur kita
ReplyDeleteNampaknya selatan telah diutarakan, banyak nasi kandar tumbuh. Mabeles tengok nasi kandarnya pun. Kuah banjir barulah nasi kandar kan. Saya melawan hukum nasi kandar. Suka makan tak berkuah banjir. hihi... Mak aihhh dia punya porsi mi hailam dan kuetiau kungfu bagai nak melimpah. Bagus tuan kedai tak kedekut.
ReplyDeleteDuluuuu saya kalo makan nasi kandar suka kuah banjir juga. Tp kalo skr, dah kurangi 🤣😄. Sedikit saja, jangan sampai banjir.
ReplyDeleteTp memang nasi kandar ini sedaaaap sangaaat 😍😍😍. Tak pernah bosan makan tiap kali saya balik Penang
Nasi kandar dengan kuah banjir nii memang ngammmn laaa ..
ReplyDelete