Assalamualaikum WBT
SEDAP betul tidur ditemani bunyi hujan awal pagi tadi. Punyalah syok sampai bila alarm berbunyi boleh matikan dan sambung tidur, hahaha. Mujurlah cepat-cepat mengingatkan diri, bulan ni saja walaupun baru masuk 10 haribulan hari ini, dah dua kali lewat. Dahlah dah keluar surat mengingatkan kepada staf agar kembali memakai pakaian rasmi, dah tak boleh sarung t-shirt macam nak pergi pasar, hehehe. Tu mujurlah dia tak wajibkan staf perempuan pakai tudung bawal , Kalau tak, matilaaaa, Sk kalau pakai tudung bawal, 15 minit ngadap cermin pun tak siap, hihihi.
Cepat jugak siapnya walaupun kena berbaju kurung. Pukul 6.45 pagi dah panaskan enjin, tapi.. tapi.. tapi... kan Sk dah cakap, kerja-kerja penurapan jalan yang belum selesai dari arah Taman Sri Pulai ke Taman Universiti telah menyebabkan banyak kenderaan mengalih perjalanan mengikut Taman Pulai Indah - Taman Pulai Mutiara dan Taman Laman Setia. Ditambah lagi hujan, kan.. agaknya ramai yang memilih memandu kereta. Sampai Taman Laman Setia, jam hampir menunjukkan pukul 7.30 pagi, ikut pengalaman paling cepat boleh sampai office pukul 7.58 atau paling-paling pukul 8 dah boleh clock in. Lega tengok plaza tol lapang dan terus dapat masuk lorong T&G sekaliiiii... masuk jer Taman Perling, nahhhhhh... jammed rabak oiiii, mengesot sampai persimpangan jejambat Perling - Johor Bahru tapi arah JB tak sesak pulak macam selalu. Tapi, dia mula sesak pulak dari jejambat Angsana Mall sampai persimpangan RHB BBU tu, huhuhu. 8.31 baru dapat clock in! Itupun sebab Sk dapat pintas masuk Jalan Tahana bila nampak kenderaan tak bergerak depan Taman Damansara Aliff tu, huhuhu. Kalau tak, entah-entah pukul 9 baru sampai, hurmmm.
sedap tuh di kelapa 😜😜
ReplyDeleteJauh jam-nya Sk nak sampai ke tajuk entri 😆
ReplyDeleteIyelah, pandai orang tu buat kuning telur tak jadi meleleh. Saya pun lebih suka tiga suku masak. Tak cair, tak keras.
SA terpaku tengok mee hoon hailam PI tu..hujan bulan 10 SA balik JB bleh la terjah...harap2 pakcik tu nak layan tekak SA...
ReplyDeleteLepas ni mungkin nama restoran kelapa akan sentiasa jadi tajuk... makan di kelapa lagi, lagi-lagi makan di kelapa
ReplyDeleteSekarang dah mula musim hujan. Hujan sejuk dia lain macam! Aduhaiii...becinta kalau jalan tak siap lagi dan ditambah hujan. Bertambah-tambah lambat dibuatnya kan.
ReplyDeletePertama kali saya tengok bihun hailam. Selama ni ingat ada mi dan kuetiau je. Kuetiau dia nampak kurang sikit presentation dia. Gaya dia macam nak masak mi goreng pula kan banyak bahan tumis.