MASAK AYAM MASAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini jam 7.45 pagi dah sampai pejabat. Perjalanan sungguh lancar, berbeza dengan semalam, jam 8.15 baru clock in. Semalam, jammed rabaks dari Taman Pulai Mutiara (TPM) sehingga susur keluar masuk lebuhraya. Kemudian, sangkut lagi masa nak turun dari jejambat Perling masuk ke Jalan Skudai. Dari atas jejambat, nampak kenderaan rapat-rapat tak bergerak menuju ke pusat bandar. Dengar khabar ada kerja korek jalan berhampiran Danga Bay. Takkkk... masalahnya, kenapa dari TPM pun dah sesak? Tak ada kena mengena langsung!



Cerita hari isnin, Pak Inche beritahu belum makan nasi tengahari dan minta masakkan Ayam Masak Kicap. Dia boleh aje kalau nak makan nasi kat kedai tomyam kan, tapi agaknya sebab tu la, teringin nak makan Ayam Masak Kicap, jadi kenalah masak. Pada mulanya Sk ingat nak masak kuah kicap pekat-pekat macam selalu orang masak kenduri atau kadang jumpa kat kedai pun ada yang buat kuah kicapnya pekat. Biasanya mereka akan tambah cili kisar dan sos tiram nak bagi pekat tapi berubah fikiran sebab malas nak menumis lama. Aaaaa.. nasib baik tak buat pekat, sambil ceduk kuah kicap tu Pi cakap, kadang dia tak suka ambil masak kicap kat kedai sebab dorang buat pekat. Dia suka yang cair-cair macam ni. Aaaa... kembang setaman dengar pujian PI, siap tambah nasi dua kali tau. Haaaa.. lauk macam ni memang boleh membocorkan periuk nasi. Cuma itulah, Iman pulak tak suka apa-apa masakan berkicap kecuali telur letak kicap atau kami panggil Telur Mabuk. Caranya, goreng telur, tuang kicap, hancurkan, masak sampai telur beku. Jadi, kalau agak-agak nak masak kicap ni, buatkan aje dia Telur Mabuk, hahaha. Mabuk tu sebab goreng sampai hancur, hahaha.


Ayam Masak Kicap


1/4 ekor ayam (potong kecil)

2 biji kentang (potong baji - belah 6)

Rempah 4 sekawan

1 bawang besar (potong bulat)

1 tangkai lada hidup (hiris nipis)

5 biji cili padi (belah dua)

1 tbs lada hitam (tumbuk kasar) - Sk guna ready made dalam botol

1 senduk kicap manis

Garam dan serbuk kunyit (untuk perapan ayam)

1 biji tomato (potong 4)


Cara-cara :


1. Perap ayam dengan garam kunyit, ketepikan.


2. Goreng kentang hingga garing, angkat.. kemudian guna jer minyak yang sama, goreng ayam hingga masak.


3. Kurangkan minyak gorengan sehingga tinggal sedikit sahaja, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis sekejap.


4. Kemudian masukkanlah ayam, kentang, bawang dan cili semua, kacau sekejap.


5. Masukkan kicap manis dan sedikit air, jangan terlalu cair.


6. Masukkan tomato.


7. Akhir sekali, masukkan lada hitam, kacau dan renihkan sehingga bawang layu.


Aaaaa.. shiap!

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!