MAKAN KENDURI HARI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


PADAT aktiviti Sabtu kelmarin ya. Selepas selesai tugasan di Istiadat Konvokesyen, cepat-cepat keluar dewan bagi memenuhi Jemputan Walimatulurus Kak Fathilah. Sebenarnya, sejak dulu, Sk agak keliru sikit nak panggil Kak Fathilah atau Makcik Fathilah kerana beliau merupakan adik kepada Makcik Leha (isteri Pakcik Sk, Pakcik Din). Nak nak pulak sekarang, kami kelihatan macam sebaya aje padahal Sk masih ingat lagi masa Sk budak-budak dulu, Sk duduk tepi katil dalam bilik pengantin masa Kak Fathilah disolek oleh Mak Andam. Memang tercengang la kita budak-budak tengok pengantin tengah mekap, kannn, hahaha.




Majlis diadakan di Qarissa Hall yang terletak di Paragon Market Place, Tampoi.  




Iman dah balik kolej, Pak Inche pulak bertugas Jom Heboh di Angsana Mall. Janji dengan Cik Ani jumpa di tapak letak kereta Upper Ground Paragon Market Place. Dari pengalaman Sk menghadiri jemputan perkahwinan, rasanya lokasi ni antara yang terbaik bagi mereka yang masih mencari-cari tempat yang sesuai mengadakan majlis kenduri.


        


Di sini ada dua buah dewan yang boleh anda pilih bergantung kepada bilangan jemputan. Cantik tau dewannya. Eh, terpromot pulak, ahahahaha.





Menu kenduri kahwin macam biasalah, nasi beriyani, ayam masak merah, daging beriani, dalca dan pajeri nenas. Sedapppp! Sk pulak memang tengah lapar sebab cuma makan lontong pagi tu sebelum pergi bertugas konvo. Ada jer jamuan untuk konvo cuma Sk malas nak naik makan, terus balik sebab nak pergi kenduri ni.




Selain nasi beriani, ada Laksa Johor dan kuih-muih seperti epok-epok, kek pisang, seri muka, puding roti dan kuih bakar berlauk yang dikeluarkan secara berperingkat. Kek pisang tu dah tak larat nak makan, bungkus dalam tisu, hihi.




Goodies .. telur pindang dalam bekas kaca. Comel tapi berada dalam kelasnya yang tersendiri. Nak promot jugak, telur pindang ni by Angah ya, hehehe. Orang JB yang nak jadikan telur pindang sebagai cenderahati di apa-apa majlis, boleh whatsapp Angah, 0127131793.




Nak gambar dengan mak pengantin tak dapat sebab ramai sangat tetamu tengah bersalam kokot, jadi kita tepek gambar dengan kazen Sk, Mahathir iaitu anak arwah Pakcik Din. Masa nak balik ni, makcik Sk tak tahu pergi mana, tak dapat nak salam.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak cantik bunga2 palsu sebelah model tu

    ReplyDelete
  2. Manis betul model tinggi lampai bersongket maroon!
    Bagusnya tradisi JDT, masih kekalkan telur pindang di majlis kahwin. Identiti yang tersendiri.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. syok pi kenduri ada menu laksa johor tu...cantik SK berbaju songket tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!