Assalamualaikum WBT
AHAD lepas, Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim sempena perlawanan bolasepak Perak vs JDT. Perlawanan tersebut adalah bagi menggantikan perlawanan yang tertangguh sebelum ini di Ipoh. Ahad tu balik kerja, kami berselisih di persimpangan lampu isyarat menuju ke Gelang Patah. Sorang nak balik rumah, sorang lagi baru nak pergi kerja. PI hantar gambar, nampak kereta Sk, Sk pulak tak tengoklah lorong sebelah, tengah jammed, kereta bergerak perlahan di hadapan, karang pandang lain, tersondol pulak yang depan, mintak simpang malaikat 44. Sebenarnya tengah berangan, nak makan yang mana satu untuk makan malam; Nasi dengan Sambal Sardin, Lempeng dengan Sambal Sardin atau Maggi Tumis letak telur dua biji, hahahaha.
Yang terjadinya, lempeng!
Sk taram jer telur sebiji, air, garam dan tepung gandum tanpa disukat. Lempeng kali ni tak cair dan tak pekat sangat, dapatlah 6 keping. Syok betul makan lempeng nak nak pulak cicah sambal sardin.
Tengok lempeng ni teringat Mama Cella.
ReplyDeleteLama juga saya tak melempeng. Rindulah pulak nak makan lempeng cecah sambal sardin.
Kalau uncle suka jadikan lempeng sadin roll!
ReplyDeleteSaya langsung terpikir nak buat sendiri juga lempeng nih. Cicah makan dengan sardin, memang sedap lah 😍😍
ReplyDeleteMakanan favorite jugak! Simple tapi sangat sedap! Kan!!!
ReplyDelete